If you need a HELPING HAND, just READ THE BOOK OF ALLAH and soon I will be there..!!
Friday, November 27, 2009
INILAH HIKAYAT NUR MUHAMMAD
DAN NABI BERCUKUR
DAN NABI WAFAT ADANYA
INI HIKAYAT NUR MUHAMMAD DAN HIKAYAT NABI MUKJIZAT
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
WABIHI NASTAI’IN BILLAHI TAALA INI HIKAYAT PERI MENYATAKAN NUR MUHAMMAD RASULULLAH SAW BERMULA MAKA TATKALA ITU SEMATA-MATA ALAM PUN BELUM JADI, ARASY DAN KURSI PUN BELUM JADI, LANGIT DAN BUMI PUN BELUM JADI, DARAT DAN LAUT PUN BELUM JADI, TERSEBUT LUH (MAHFUZ) PUN BELUM TERSURAT DAN SEPERTI NABI MUHAMMAD SAW KEPADA NABI ADAM ALAIHISSALAM YAKNI ADAM ANTARA TANAH
DAN SEPERTI SABDA NABI SAW ‘AWWALU MA KHALAQALLAH TAALA AN-NUR. ERTINYA PERTAMA-TAMA DIJADIKAN ALLAH TAALA ITU CAHAYA KU INI, MAKA IAPUN SUJUD DENGAN FIRMAN ALLAH MENYURUH SUJUD DEMIKIANLAH FIRMAN ALLAH SUJUDLAH ENGKAU 50 TAHUN LAMANYA.
TELAH SUDAH IA SUJUD MAKA FIRMAN ALLAH HAI KEKASIHKU NUR MUHAMMAD MAKA BANGKITLAH IA NUR MUHAMMAD ITU DENGAN FIRMAN ALLAH HAI NUR MUHAMMAD TELAH KU FARDUKAN AKAN SEGALA UMAT KAMU PERTAMA-TAMA MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH; KEDUA SEMBAHYANG LIMA WAKTU PADA SEHARI SEMALAM; KETIGA PUASA PADA BULAN RAMADAN; KEEMPAT MEMBERI ZAKAT; KELIMA NAIK HAJI KE BAITULLAH AL-HARAM.
KEMUDIAN DARIPADA ITU MAKA CAHAYAKU ITU DIJADIKAN ALLAH TAALA ITU SEEKOR BURUNG YANG MULIA DAN INDAH RUPANYA.
SEBERMULA ADAPUN AKAN KEPALA BURUNG ITU ALI BIN ABI TALIB; DAN KEDUA MATA BURUNG ITU HASSAN DAN HUSSIN; DI LEHERNYA BURUNG ITU FATIMAH AZ-ZAHRA’ DAN KEDUA LENGANNYA BURUNG ITU ABU BAKAR AS-SIDDIK R.A DAN UMAR IBN AL-KHATTAB DAN EKORNYA BURUNGNYA ITU HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB DAN BELAKANGNYA BURUNG ITU ABBAS R.A DAN KAKI BURUNG ITU KHADIJAH AL-KUBRA.
MAKA FIRMAN ALLAH TA’ALA KEPADA CAHAYAKU HAI NUR MUHAMMAD AKU ANUGERAHI BAGIMU TUJUH LAUT, PERTAMA LAUT ILMU, KEDUA LAUT LATIF, KETIGA LAUT SABAR, KEEMPAT LAUT AKAL, KELIMA LAUT FIKIR, KEENAM LAUT RAHMAT DAN KETUJUH LAUT CAHAYA.
MAKA FIRMAN ALLAH TA’ALA KEPADA NUR MUHAMMAD ITU HAI NUR MUHAMMAD PERGILAH ENGKAU KEPADA LAUT DAN BERENANGLAH ENGKAU PADA SATU LAUT ITU 10,000 TAHUN LAMANYA.
TELAH SUDAH NUR MUHAMMAD ITU MENDENGAR FIRMAN ALLAH TAALA DEMIKIAN BUNYINYA ITU MAKA NUR MUHAMMAD PUN PERGILAH KEPADA LAUT ITU PERTAMA-TAMA LAUT ILMU, MAKA NUR MUHAMMAD PUN BERENANGLAH 10,000 TAHUN LAMANYA MAKA IA KELUAR DARIPADA LAUT ILMU ITU MAKA IA BERENANG PULA KEPADA LAUT LATIF 10,000 TAHUN LAMANYA MAKA IA KELUAR PULA DARIPADA LAUT LATIF ITU MAKA IA BERENANG PULA PADA LAUT SABAR 10,000 TAHUN LAMANYA
MAKA IA KELUAR DARIPADA LAUT SABAR ITU MAKA IA BERENANG PADA LAUT FIKIR 10,000 TAHUN LAMANYA MAKA KELUAR IA DARIPADA LUAT FIKIR ITU MAKA BERENANG IA PULA PADA LAUT AKAL 10,000 TAHUN LAMANYA MAKA IA KELUAR DARIPADA LAUT AKAL BERENANG PULA PADA LAUT RAHMAT 10,000 TAHUN LAMANYA MAKA KELUAR IA DARIPADA LAUT RAHMAT ITU MAKA BERENANG PULA IA KEPADA LAUT CAHAYA 10,000 TAHUN LAMANYA
MAKA ADALAH JUMLAHNYA NUR MUHAMMAD ITU BERENANG PADA TUJUH LAUT ITU MENJADI 70,000 TAHUN LAMANYA BILANGANNYA NUR MUHAMMAD ITU BERENANG KEPADA TUJUH LAUT.
MAKA DATANGLAH FIRMAN ALLAH KEPADA NUR MUHAMMAD ITU KATANYA HAI NUR MUHAMMAD KELUARLAH ENGKAU DARIPADA TUJUH PETALA LAUT ITU MAKA FIRMAN ALLAH TAALA KEPADA NUR MUHAMMAD ENGKAU GERAKKANLAH DIRIMU ITU DENGAN FIRMAN KU
MAKA DENGAN FIRMAN ALLAH TAALA MAKA JADILAH SEKATI DUA LAKSA EMPAT RIBU NABI MAKA ANTARA ITU BERTITIKLAH AIR TIGA …. DARIPADA NUR MUHAMMAD ITU MAKA ITULAH JADI 13 NABI YANG MURSAL (DIUTUSKAN) KETURUNAN WAHYU DARIPADA JIBRAIL ALAIHI SALAM BERTITIKLAH PULA AIR DARIPADA NUR MUHAMMAD ITU YANG KANAN MAKA ITULAH MENJADI MALAIKAT JIBRIL A.S
MAKA TITIK PULA AIR MATA YANG KIRI DARIPADA NUR MUHAMMAD ITU MAKA MENJADI PULA ISRAFIL A.S MAKA DARIPADA DUA TITIK ITU PULA MENJADI IZRAIL DAN MIKAIL A.S MAKA ADALAH TITIK YANG KETIGA DARIPADA TELINGA NUR MUHAMMAD YANG KANAN INILAH MENJADI LUF MAHFUZ DAN YANG KEEMPAT TITIK ITULAH MENJADI QALAM MAKA BERTITIKLAH IA DARIPADA TELINGA NUR MUHAMMAD ITU YANG KIRI MAKA IAITULAH YANG MENJADI KURSI
MAKA BERTITIKLAH PULA TUBIK TITIK AIR DARIPADA HIDUNG NUR MUHAMMAD ITU MAKA IAITULAH MENJADI TUJUH PANGKAT SYURGA MAKA BERTITIKLAH PULA DARIPADA BAHU NUR MUHAMMAD ITU SETITIK MAKA IATULAH MENJADI MATAHARI DAN YANG DUA TITIK ITU MENJADI BULAN
MAKA BERTITIKLAH PULA LIMA TITIK DARIPADA TANGAN NUR MUHAMMAD ITU YANG KANAN IAITU MENJADI ANGIN DAN AIR DAN YANG KEEMPAT TITIK ITU MENJADI ANGIN SUGHRA DAN YANG KELIMA TITIK ITU MENJADI SYAJARATUL MUNTAHA DAN YANG KETIGA TITIK ITU MENJADI POHON KAYU …TUBA.. DAN YANG TITIK ITU MENJADI KHATAM (CINCIN) NABI SULAIMAN A.S DAN YANG SETITIK ITU PULA MENJADI TONGKAT NABI MUSA A.S
DARIPADA NABI ADAM A.S KEPADA NABI SYITH DAN DARIPADA NABI AYUB KEPADA NABI MUSA MAKA ALLAH SAW MENJADIKAN EMPAT ANASIR POHON BANGSANYA ITU PERTAMA AIR, KEDUA TANAH, KETIGA ANGIN DAN KEEMPAT API.
MAKA FIRMAN ALLAH TAALA KEPADA NUR MUHAMMAD HAI NUR MUHAMMAD PERGILAH ENGKAU KEPADA ANGIN ITU AKU JADIKAN ZAHIR KELIHATAN MAKA NUR MUHAMMAD PUN PERGILAH KEPADA ANGIN MAKA ANGIN ITU TERLALU MEMBESARKAN DIRINYA
MAKA KATA NUR MUHAMMAD ASSALAMUALAIKUM HAI ANGIN MAKA SAHUT OLEH ANGIN WAALAIKUMUSSALAM HAI NUR MUHAMMAD YANG AMAT BERCAHAYA2 SIAPALAH ENGKAU MAKA SAHUT NUR MUHAMMAD AKU SEORANG HAMBA ALLAH DAN ENGKAU PUN SEORANG HAMBA ALLAH
MAKA KATA NUR MUHAMMAD HAI ANGIN MENGAPA ENGKAU SANGAT MEMBESARKAN DIRIMU MAKA SAHUT (ANGIN) BARANG SEKEHENDAKKU (AKU PERBUAT) MAKA KATA NUR MUHAMMAD KEPADA ANGIN ITU SUNGGUHPUN ENGKAU TIADA KELIHATAN ORANG TETAPI LIHATLAH OLEH MU AKAN DIRIMU ADAKAH BERCELA ATAU TIADA MAKA KATA ANGIN APALAH CELA KU
MAKA KATA NUR MUHAMMAD HAI ANGIN ENGKAULAH ITULAH HAMBA ORANG BERLAYARAN MAKA KATA ANGIN HAI NUR MUHAMMAD YANG BERCAHAYA ENGKAU ITULAH GERANGAN YANG TIADA BERCELA MAKA KATA NUR MUHAMMAD ASTAGHFIRULLAHAL AZIM HAMBA INI PUN SAHAJA BERCELA ADAPUN SUBHANAHU WATAALA AZZA WAJALLA YANG TIADA BERCELA …ASYHADUL AL LAAILAHAILLALLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN ABDUHUU WA RASUULUH.
MAKA KATA ANGIN HAI NUR MUHAMMAD YANG AMAT BERCAHAYA TELAH PERCAYALAH AKU AKAN DIKAU DAN MASUKLAH AKU KEPADA AGAMA ISLAM DAN AJARLAH AKU KALIMAH SYAHADAH MAKA AJAR OLEH NUR MUHAMMAD AKAN SYAHADAH ITU DEMIKIAN BUNYINYA (…..). MAKA DIUCAP OLEH ANGIN YANG DEMIKIAN ITU.
MAKA NUR MUHAMMAD PUN PERGILAH KEPADA API MAKA DILIHAT OLEH API KEPADA NUR MUHAMMAD ITU MAKA IA MEMENUHKAN DIRINYA SEKALIAN ALAM DAN GEMBIRANYA DAN TERLALU SANGAT MEMBESARKAN DRINYA ITU
MAKA KATA NUR MUHAMMAD ITU ASSALAMUALAIKUM HAI API MAKA DISAHUTLAH API SALAMNYA ITU WA ALAIKUM MUSSALAM YA NUR MUHAMMAD YANG AMAT BERCAHAYA-CAHAYA SIAPA ENGKAU INI MAKA SAHUT NUR MUHAMMAD AKU INI HAMBA ALLAH DAN ENGKAU PUN SEORANG HAMBA ALLAH JUGA YANG AMAT HINA MAKA KATA NUR MUHAMMAD API MENGAPA ENGKAU GEMBIRA MEMBESARKAN DIRI MU TERLALU SANGAT MAKA KATA API BARANG KEHENDAKKU AKU BERLAKUKAN
MAKA KATA NUR MUHAMMAD HAI API YANG HAMBA INI TIADA BOLEH BERLAKU KEHENDAK HAMBA INI LIHATLAH DIRIMU ITU TIADAKAH BERCELA MAKA KATA API HAI NUR MUHAMMAD YANG AMAT BERCAHAYA2 APAKAH CELA KU INI
MAKA KATA NUR MUHAMMAD HAI API YANG MEMBUNUH ENGKAU ITU AIR DAN YANG MENJADIKAN ENGKAU ITU ANGIN DAN ENGKAU ITU MENJADI HAMBA ORANG BANYAK IAITU MEMASAK SEGALA MAKANAN ORANG
MAKA KATA API HAI NUR MUHAMMAD YANG AMAT BERCAHAYA-CAHAYA ENGKAU GERANGAN YANG TIADA BERCELA MAKA KATA NUR MUHAMMAD ITU ASTAGHFIRULLAHAL AZIM YANG HAMBA INI SAHAJA DENGAN CELANYA ADAPUN YANG TIADA BERCELA ITU ASTAGHFIRULLAHAL AZIM YANG HAMBA INI SAHAJA DENGAN CELANYA ADAPAUN YANG TIADA BERCELA ITU MELAINKAN ALLAH SWT JUA YANG TIADA BERCELA ITU ASYHADU AL LAAILAHAILLALLAH WAHDAHU LA SYARIIKALAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN ABDUHU WA RASUULUH
MAKA KATA API HAI NUR MUHAMMAD TELAH PERCAYALAH AKAN ENGKAU DAN MASUKLAH AKU AKAN AGAMA ISLAM ITU KEPADA KAMU DAN AJARKANLAH AKU KALIMAH ITU KEPADA AKU MAKA KATA NUR MUHAMMAD ITU UCAPLAH OLEH MU LAA ILAAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH MAKA MENGUCAPLAH API DEMIKIAN ITU.
SETELAH ITU MAKA NUR MUHAMMAD PUN PERGILAH KEPADA AIR MAKA DILIHAT OLEH NUR MUHAMMAD AIR ITU TERLALU AMAT GEMBIRANYA DAN SANGAT MEMBESARKAN DIRINYA MAKA NUR MUHAMMAD PUN PERGILAH KEPADA AIR BESERTA KATANYA ASSLAMUALAIKUM HAI AIR MAKA DISAHUT OLEH AIR ITU WA ALAIKUMUSSALAM HAI NUR MUHAMMAD
MAKA KATA NUR MUHAMMAD HAI AIR ENGKAU ITU SEORANG HAMBA ALLAH DAN AKU PUN SEORANG HAMBA ALLAH YANG HINA MENGAPA ENGKAU SANGAT MEMBESARKAN DRIMU ITU MAKA SAHUT AIR ITU BARANG KEHENDAK KU PEROLEH
MAKA SAHUT NUR MUHAMMAD HAI AIR YANG HAMBA INI TIADALAH BOLEH DENGAN SEKEHENDAK HATI HAMBA MAKA KATA NUR MUHAMMAD HAI AIR LIHATLAH DIRIMU ADAKAH BERCELA ATAU TIADAKAH MAKA SAHUT AIR ITU APAKAH CELA KU INI
MAKA KATA NUR MUHAMMAD ENGKAU ITULAH HAMBA SEGALA NAJIS ENGKAU YANG MENYUCIKAN MAKA SAHUT AIR ITU ENGKAU GERANGAN YANG TIADA BERCELA MAKA KATA NUR MUHAMMAD ITU ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM YANG HAMBA INI SAHAJA DENGAN BERCELANYA MAKA ADAPUN YANG TIADA CELA ITU HANYA ALLAH SWT JUA ASYHADU AL LAAILAHAILLALLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN ABDUHU WA RASUULUH
MAKA KATA AIR ITU TELAH PERCAYALAH AKU AKAN DIKAU DAN MASUKLAH AKU KEPADA AGAMA MU ISLAM DAN AJARKANLAH AKU KALIMAH SYAHADAH MAKA KATA NUR MUHAMMAD HAI AIR UCAPLAH OLEH MU LAA ILAAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH MAKA MENGUCAPLAH AIR.
YANG DEMIKIAN ITU MAKA NUR MUHAMMAD PERGILAH KEPADA TANAH MAKA MEMBERI SALAM (...) HAI TANAH MAKA SAHUT TANAH (...) YA NUR MUHAMMAD MAKA DILIHAT OLEH NUR MUHAMMAD ITU TANAH SANGAT MERENDAHKAN DIRI DENGAN MALUNYA DAN SOPANNYA DAN HORMATNYA SERTA TAKUTNYA AKAN ALLAH TAALA SERTA DENGAN MALUNYA AKAN NUR MUHAMMAD ITU
MAKA KATA TANAH YA NUR MUHAMMAD YANG AMAT BERCAHAYA TERLALU BAIK SEKALI TUAN HAMBA DATANG INI DARIPADA FIRMAN ALLAH TAALA KEPADA HAMBA INI
MAKA DILIHAT OLEH NUR MUHAMMAD TANAH ITU SANGAT MERENDAHKAN DIRI SERTA DENGAN MALUNYA DAN SOPANNYA MELIHATKAN NUR MUHAMMAD MAKA DIPAUT DAN DICIUM OLEH NUR MUHAMMAD ITU AKAN TANAH ITU MAKA SEMBAH NUR MUHAMMAD YA ILAHI YA RABBI YA SAYYIDI YA MAULAYA YA TUHANKU ENGKAU JUA YANG TERLEBIH MENGETAHUI DAN YANG MENDENGARKAN PENUHLAH HAMBA MU DAN EMPAT ANASIR ***//MAKA ITULAH SEGALA MANUSIA DI DALAM DUNIA INI DARIPADA TABIAT SETENGAH DARIPADA TABIAT API ITU HANGAT DAN SETENGAH MANUSIA ITU ANGIN IAITU KERAS DAN SETENGAH DARIPADA TABIAT AIR SEJUK DAN SETENGAH DARIPADA TABIAT BUMI ITU IAITU BASAH KERING TETAPI MURAH DAN MERENDAHKAN DIRINYA.
DI DALAM KITAB PERTAMA-TAMA (NUN WAU RA YA NUN)….. ANASIR ITULAH DIJADIKAN ALLAH TAALA NABI ALLAH ADAM.
DAN BARANG SIAPA MENARUH CITRA PERI NUR MUHAMMAD TATKALA PERI KEMULIAAN NUR MUHAMMAD RASULULLAH SAW BERCAHAYA-CAHAYA ITU ATAU MENDENGARKAN DIA MAKA ALLAH TAALA MEMBERI ANUGERAH DI DALAM KITAB PERTAMA-TAMA TAURAT DAN KEDUA INJIL DAN KETIGA ZABUR KEEMPAT FURQAN AL-AZIM IAITU KEPADA RASULULLAH SAW DIANUGERAHKAN ALLAH SWT AKAN DIA PAHALANYA SWT PERTAMA JIBRAIL A.S KEDUA MIKAIL A.S DAN KETIGA ISRAFIL A.S AKAN MEMELIHARA AKAN DIA
DAN DIANUGERAHKAN ALLAH TAALA PAHALANYA SEPERTI PAHALA ORANG NAIK HAJI DIANUGERAHKAN ALLAH TAALA AKAN SEGALA YANG MEMEBACA DIA ITU ATAU ORANG YANG MENDENGARKAN DIA CITRA INI DARIPADA PERMULAANNYA DATANG KEPADA KESUDAHAN CITRA NUR MUHAMMAD ITU
MAKA DISURATKAN ALLAH SWT PAHALANYA ITU SEPERTI ORANG YANG MENGELILINGI KAABAH ALLAH TUJUH KALI PAHALANYA DAN BARANGSIAPA ADA IA MEMBACA AKAN DIA PADA TIAP-TIAP MALAM ATAU TIAP-TIAP HARI MAKA PAHALANYA ITU SEPERTI ORANG YANG MATI SYAHID 70 PERBENDAHARAAN YANG TERBUKA KEPADANYA DIANUGERAHKAN ALLAH TAALA AKAN DIA
DAN HENDAKLAH KIRANYA SEGALA ISLAM MENARUH PERI KEJADIAN BERCAHAYA NUR MUHAMMAD ITU KERANA TELAH DIHARUSKAN OLEH ALLAH SWT DAN HENDAKLAH IA MEMBERI PANJANG DARIPADA SUATU RUMAH KEPADA SUATU RUMAH SUPAYA MEMUJI PENGHULU KITA DAN LAGI SUPAYA MENGENAL AKAN TUHANNYA DAN LAGI MENGERJAKAN SURUHANNYA AKAN MEMBESARKAN TUHAN KITA
AMIN YA RABBAL ALAMIN WASALLALLAHU ALA KHAIRI KHALQIHI SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALA AALIHI WA ASHAABIHI AJMAI’IN. BIRAHMATIKA YAA ARHAMARRAAHIMIIN. INTAHAL KALAM. TELAH KHATAMLAH HIKAYAT NUR MUHAMMAD SOLLALLAHU ALAIHI WA SALLAM.
INILAH HIKAYAT PERI MENYATAKAN MUKJIZAT NABI ADANYA
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM WABIHI NASTAI’IN BILLAHI TAALA INI HIKAYAT BULAN BELAH MUKJIZAT BAGINDA RASULULLAH SAW DEMIKIAN CITRANYA AL-KISAH MAKA DICITRAKAN ORANG YANG EMPUNYA CITRA INI PADA ZAMAN DAHULU KALA SEKALI PERISTIWA PADA SUATU HARI BAGINDA RASULULLAH SAW DUDUK BERHIMPUN DENGAN SEGALA KAUM KELUARGANYA DAN SAHABATNYA SERTA MENGAJAR MEMBAWA IMAN DAN AGAMA ISLAM DIAJARKANNYA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DEMIKIAN BUNYINYA ASYHADU ALLAAILAA HAILLALLAAH ….MAKA SEGALA SAHABATNYA SEKALIAN PUN MENGUCAP KALIMAH SYAHDAH SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH RASULULLAH SAW
TELAH SUDAH MAKA MEREKA ITU BERMOHONLAH PULANG KE RUMAHNYA IAITU ABU BAKAR AS-SIDDIK R.A KEDUA ZUBIR DAN KETIGA ABBAS DAN KEEMPAT ABU TALIB DAN KELIMA ALI R.A SETELAH SUDAH MEREKA ITU KEMBALI KE RUMAHNYA MAKA ABBAS DAN ZUBIR BERJALAN LALU BERTEMU DENGAN ABU JAHAL MAKA ABU JAHAL PUN BERTANYA KEPADA ZUBIR DAN ABBAS
ADAPUN HAMBA INI DATANG DARIPADA RUMAH MUHAMMAD AMINULLAH BAHAWA IA MENYATAKAN DIRINYA NABI AKHIR ZAMAN DAN HAMBA SEKALIAN INI DIHIMPUNKAN DENGAN SEGALA KAUM KELUARGANYA DAN DISURUHKANNYA MEMBAWA IMAN DAN MEMBAWA AGAMA ISLAM DAN DIAJARNYA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH OLEH MUHAMMAD AMINULLAH DAN IA MENGATAKAN DIRINYA ITU NABI AKHIR ZAMAN DAN MAHKOTA SEGALA NABI DAN PENGHULU SEGALA NABI DAN ITULAH KHABAR DARIPADA KAMPUNG …
SETELAH SUDAH ABU JAHAL MENDENGAR KATA ZUBIR DAN ABBAS MENGATAKAN MUHAMMAD AMINULLAH ITU NABI AKHIR ZAMAN MAKA IA LALU SEGERA KEMBALI IA KE RUMAHNYA DAN BERSALIN PAKAIAN YANG BAIK-BAIK MAKA LALU SEGERALAH IA PERGI MENGHADAP KEPADA RAJA HABIB IBN MALIK ITU
SETELAH DATANG MAKA MEMPERSEMBAHKAN HAL ITU SERAYA KATANYA YA TUANKU SHAH ALAM RAJA DI DALAM NEGERI MEKAH INI DAN RAJA SEGALA ARAB SEMUA ITUPUN KETAHUI OLEH TUANKU BAHAWA MUHAMMAD ANAK YATIM ABU TALIB SEKALIAN INI MENYATAKAN DIRINYA NABI AKHIR ZAMAN DAN PENILIK SEGALA NABI
DAN MENGATAKAN DIRINYA NABI AKHIR ZAMAN ITU APALAH TANDANYA MUKJIZATNYA ITU TIADA KELIHATAN KEPADANYA DAN KEPADA SEGALA ORANG TUA-TUA MAKA HENDAKLAH DIPERDAYAKAN SEKALIAN INI DAN HENDAKLAH TANYAKANNYA SUPAYA NYATA TIAP-TIAP KITA PERCAYA AKAN MUHAMMAD ANAK YATIM ABU TALIB INI MENGATAKAN DIRINYA KHATIMUL ANBIYA’ DAN MAHKOTA SEGALA NABI DAN JUNJUNGAN SEGALA NABI DAN MUQADDAM SEGALA NABI DAN PENGHULU SEGALA NABI
MAKA SEKARANG INI APALAH BICARA TUANKU BAIKLAH KITA KERJAKAN BARANG SUATU PEKERJAAN SUPAYA MUHAMMAD AMINULLAH ITU SUKAR MEMBICARAKAN DIA MAKA HAMBA YANG MENGERJAKAN PEKERJAAN ITU
MAKA SABDA RAJA HABIB IBN MALIK KEPADA ABU JAHAL DAN SEGALA KAUM KELUARGANYA DAN SEGALA MENTERI HULUBALANGNYA HAI KAMU SEKALIAN SAHABTKU APALAH BICARA TUAN HAMBA SEKALIAN AKAN ANAK YATIM ABU TALIB ITU
MAKA SAHUT ABU JAHAL ITU YA TUANKU SHAH ALAM ADAPUN NUH ITU TANDANYA BAHTERA NAIK KE UDARA DAN NABI IBRAHIM ITU DIBAKAR OLEH NAMRUD KE DALAM API TIADA HANGUS ITULAH TANDANYA DAN NABI ALLAH MUSA TONGKATNYA MENJADI ULAR NAGA DAN CHANUTNYA MENJADI KALA ITU AKAN TANDANYA DAN NABI ALLAH SULAIMAN CINCINYA DAN MAHKOTANYA ITU AKAN TANDANYA DAN NABI ALLAH DAUD SEMBAHYANG SEGALA KAYU2 TURUT SUJUD SEMBAHYANG INILAH AKAN TANDANYA
DAN TANDA NABI ALLAH ISA MAYAT ORANG MATI DIHIDUPKAN DAN TENGKORAK DI LAUTAN BERKATA-KATA INILAH TANDANYA DAN NABI ALLAH MUHAMMAD SAW ANAK YATIM ABU TALIB MANALAH TANDANYA MENGATAKAN DIRINYA NABI AKHIR ZAMAN DAN PENGHULU SEGALA NABI-NABI DAN MAHKOTA SEGALA NABI-NABI DAN JUNJUNGAN SEGALA NABI-NABI ITU APALAH TANDANYA
MAKA SABDA RAJA HABIB IBN MALIK APALAH BICARA KAMU SEKALIAN AKAN MUHAMMAD AMINULLAH ITU MAKA SAHUT ABU JAHAL YA TUANKU SHAH ALAM ADAPUN PADA BICARA HAMBA INI BAIK ESOK HARI TUANKU KITA BERANGKAT KE PADANG ABTAH MAKA BARANGSIAPA YANG MENGIRINGKAN TUANKU JIKALAU TIADA TUANKU KE PADANG ABTAH HAMBALAH YANG MENGERAHKAN DIA
MAKA TITAH HABIB IBN MALIK KEPADA SEGALA ORANG YANG BESAR-BESAR DAN ORANG KAYA-KAYA DI DALAM NEGERI MEKAH ITU ADAPUN PADA ESOK HARI HENDAKLAH KAMU SEKALIAN BERANGKAT KELUAR KE PADANG ITU BERHIMPUN KERANA KAMI TELAH MENDENGARKAN KHABAR MUHAMMAD ANAK YATIM ABU TALIB ITU IA MENGATAKAN DIRINYA NABI AKHIR ZAMAN DAN KHATIMUL ANBIYA’ DAN MAHKOTA SEGALA NABI-NABI DAN JUNJUNGAN SEGALA NABI DAN PENILIK SEGALA NABI-NABI
SETELAH SUDAH RAJA HABIB IBN MALIK BERTITAH DEMIKIAN ITU MAKA MASING-MASING ORANG MENJUNJUNG DULI LALU KEMBALI KE RUMAHNYA SETELAH KEESOKAN HARINYA MAKA BERHIMPUNLAH SEGALA ORANG BESAR-BESAR DAN ORANG KAYA-KAYA SEKALIAN AKAN MENGIRING RAJA ITU
MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN BERANGKATLAH KELUAR LALU PERGI KE PADANG ABTAH DENGAN SEGALA RAKYAT BALA TENTERANYA KECIL DAN BESAR TUA DAN MUDA HINA DAN KAYA MASING-MASING MENGIRINGKAN RAJA HABIB IBN MALIK ITU BERJALAN MENUJU KE PADANG ABTAH DENGAN SEGALA LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN SERTA DENGAN KUDANYA DAN UNTANYA PENUH SESAK PADANG ABTAH ITU
ADAPUN TATKALA ITU ADALAH SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIK R.A TELAH DUDUK DI RUMAH TIBA-TIBA MELIHAT RAJA HABIB IBN MALIK ITU BERJALAN PERGI KE PADANG ABTAH ITU SERTA DIIRINGI DENGAN SEKALIAN BALA TENTERANYA DAN SEKALIAN WAZIR DAN SEKALIAN MENTERI HULUBALANGNYA DAN SEKALIAN ORANG BESAR-BESAR DAN ORANG YANG KAYA-KAYA DAN SEKALIAN ORANG DI DALAM NEGERI MEKAH ITU BESAR KECIL TUA MUDA HINA DINA HINGGA PENUH SESAK PADANG ABTAH ITU ADAPUN RUMAHNYA ABU BAKAR ITU HAMPIR DENGAN JALAN RAJA
MAKA KATA ABU BAKAR DALAM HATINYA ITU JIKALAU DEMIKIAN BAIK AKU PERGI KEPADA RASULULLAH SAW MEMBERITAHU MENGATAKAN RAJA HABIB IBN MALIK DATANG KE PADANG ABTAH DENGAN SEGALA RAKYAT BALA TENTERANYA ENTAH APA MAKSUD KEMUDIAN
MAKA ABU BAKAT KUAT BERJALAN PERGI KE RUMAH RASULULLAH SAW SAMPAI KE RUMAH RASULULLAH SAW MAKA DIKATAKANLAH RAJA HABIB IBN MALIK YANG DATANG KE PADANG ABTAH DENGAN SEGALA RAKYAT DAN ORANG BESAR-BESAR DAN ORANG KAYA SEKALIAN
MAKA SABDA NABI HAI ABU BAKAR YANG DEMIKIAN ITU BAIKLAH TUAN PERGI DI SANA SUPAYA BOLEH MENDENGAR KHABARNYA APAKAH PEKERJAAN RAJA HABIB IBN MALIK ITU SETELAH ABU BAKAR AS-SIDDIK MENDENGAR SABDA RASULULLAH SAW ITU MAKA IA PUN PERGILAH BERJALAN KE PADANG ABTAH ITU
SYAHDAN MAKA ABU JAHAL PUN TENGAH BERKATA DENGAN BERDIRI DI TEMPAT ORANG BANYAK ITU SAMBIL MELIHAT KE KANAN DAN KE KIRI ANTARA ORANG BANYAK ITU SEKALIAN ITU DATANGLAH IA KE PADANG ABTAH ITU BERHIMPUN MELAINKAN KAUM BANI HASYIM JUGA YANG TIADA MENGIRINGKAN RAJA ITU
MAKA ABU JAHAL PUN MENYEMBAH KEPADA RAJA HABIB IBN MALIK SERAYA KATANYA YA TUANKU SHAH ALAM ADAPAUN ORANG ISI NEGERI MAKA SEKALIANNYA ADA BELAKA MENGIRINGKAN TUANKU DATANG KE PADANG ABTAH INI HANYALAH KAUM HASYIM SEORANG PUN TIADA DATANG MENGIRINGI TUANKU SERAYA DISURUHNYA PANGGIL
MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN MEMANGGIL KAUM HASYIM ITU ADAPUN PERTAMA DIPANGGIL ITU ABBAS DAN KEDUA ABU TALIB DAN KETIGA BAGINDA ALI BERTIGA SAUDARA SEORANG BERNAMA JAAFAR ADAPUN BAGINDA ALI ITU YANG MENGERASKAN JALAN AGAMA NABI SAW
TELAH SUDAH DATANG KAUM HASYIM ITU MAKA DISURUH OLEH RAJA DUDUK DI ATAS KURSI MAKA ABBAS DAN ABU TALIB DAN BAGINDA ALI ITU BERDIRI DI TANAH MAKA KATA RAJA ITU MENGAPA TUAN HAMBA DATANG SEKALIAN BERDIRI DUDUKLAH TUAN HAMBA DI KURSI JANGANLAH TUAN HAMBA SEKALIAN BERDIRI KERANA TUAN HAMBA PENGULU LAGI TUAN HAMBA DARIPADA BANGSA KAMI INI ADANYA
SYAHDAN APABILA ABBAS DAN ABU TALIB MENDENGAR KATA RAJA DEMIKIAN ITU MAKA ABBAS DAN ABU TALIB DENGAN SEGALA KAUN HASYIM ITUPUN DIAMLAH TIADA BERKATA-KATA MENDENGARKAN PERKATAAN RAJA DEMIKIAN ITU
MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN BERTANYAKAN MUHAMMAD AMINULLAH ITU KEPADA SEGALA KAUM HASYIM ITU MANA MUHAMMAD AMINULLAH MAKA TIADA ADALAH IA DATANG
MAKA BAGINDA ALI PUN MENJAWAB AKAN PERTANYAAN RAJA HABIB ITU ADAPUN SEBAB MUHAMMAD AMINULLAH ITU TIADA DATANG KERANA IA TIADA DIPANGGIL INILAH SEBABNYA TIADA DATANG MENGHADAP KE MARI
SETELAH DIDENGAR OLEH ABU JAHAL PERKATAAN BAGINDA ALI ITU MAKA DISURUHNYA ORANG MENARIK MUHAMMAD AMINULLAH ITU MAKA APABILA DIDENGAR OLEH BAGINDA ALI ABU JAHAL BERKATA DEMIKIAN ITU MAKA BAGINDA ALI PUN MARAHLAH IA MENDENGAR PERKATAANNYA ITU DI HADAPAN RAJA HABIB IBN MALIK DAN DI HADAPAN RAJA-RAJA DAN ORANG BANYAK DI TENGAH PADANG ITU DAN SEGALA ORANG BESAR DAN ORANG KAYA-KAYA PENUH SESAK DI TENGAH PADANG ABTAH ITU SEPERTI SEMUT KELUAR DARIPADA LUBANG TANAH
MAKA BAGINDA ALI PUN MARAHLAH KEPADA ABU JAHAL ITU SERAYA KATANYA MENGAPAKAH ENGKAU BERKATA DEMIKIAN ITU SEDANGKAN RAJA HABIB ITU TIADA MENYURUH MARIKAN MUHAMMAD AMINULLAH ITU
BARANGSIAPA YANG MENARIK MUHAMMAD AMINULLAH ITU AKULAH LAWANNYA JIKA IA BERHUTANG KEPADA IBU BAPA MU ATAU DATUK MOYANG MU MAKA HARUSLAH ENGKAU MENYURUH MENARIK MUHAMMAD AMINULLAH ITU ADAPUN MUHAMMAD AMINULLAH ITU ANAK CUCU RAJA ABDUL MUTALIB DAN IALAH PENGHULU SEKALIAN ARAB DI DALAM NEGERI MEKAH INI
MAKA APABILA DIDENGAR OLEH RAJA HABIB IBN MALIK AKAN PERKATAAN BAGINDA ALI ITU MAKA IA BERFIKIRLAH BAHAWA PERKATAAN BAGINDA ALI ITU ATAS SEBENARNYA …(TANDANYA?) MAKA BERKATA RAJA HABIB IBN MALIK HAI TUAN2 SEKALIAN JANGANLAH DIDENGAR PERKATAAN ABU JAHAL ITU MELAINKAN KAMU MENDENGAR PERKATAAN ALI ITU PERGILAH ENGKAU PANGGIL MUHAMMAD AMINULLAH ITU SEGERALAH ENGKAU DATANG BERSAMA-SAMA DENGAN MUHAMMAD AMINULLAH ITU
SETELAH DIDENGAR OLEH HULUBALANG IAPUN SEGERA BERJALAN PERGILAH MEMANGGIL MUHAMMAD AMINULLAH ITU LALU IA MEMACU KUDANYA LALU SEPERTI TIADA MEMBILANG MUSUH MAKA HULUBALANG ITUPUN MASUKLAH KEPADA RUMAH KHADIJAH
ADAPUN KHADIJAH ITU TENGAH BERJALAN DI HADAPAN MAKA DILIHAT OLEH KHADIJAH ADA SEORANG LELAKI DATANG SERAYA BERKATA KHADIJAH DEMIKIAN KATANYA DARI MANA DATANG LAKI-LAKI INI MAKA RASULULLAH MENDENGAR PERKATAAN KHADIJAH ITU MAKA IA SEGERALAH BANGKIT KELUAR LALU DUDUK DI PINTU
MAKA HULUBALANG ITUPUN SEGERA MENGHAMPIRI RUMAH RASULULLAH SAW DENGAN KUDANYA IA BERDIRI SERTA TERPANDANG IA KEPADA RASULULLAH MAKA HULUBALANG ITUPUN SEGERA TURUN DARI ATAS KUDANYA SERAYA IA BERLARI-LARI SUJUD DI KAKI RASULULLAH
MAKA KATA RASULULLAH APAKAH PEKERJAAN ENGKAU KE MARI INI MAKA SEMBAH HULUBALANG ITU YA JUNJUNGAN KU ADAPUN HAMBA INI DISURUH OLEH RAJA MEMANGGIL TUAN HAMBA MAKA SABDA RASULULLAH HAI HULUBALANG KEMBALILAH TUAN HAMBA SEKARANG HAMBA DATANG MENDAPATKAN RAJA HABIB IBN MALIK
MAKA HULUBALANG ITUPUN KEMBALILAH MENDAPATKAN RAJA ITU SETELAH ITU.
MAKA JIBRAIL DAN MIKAIL PUN DATANGLAH KEPADA RASULULLAH DENGAN SEGALA MALAIKAT 70,000 BANYAKNYA MASING-MASING DENGAN LAKUNYA BERDIRI BERSAF-SAF MAKA JIBRAIL DAN MIKAIL PUN DATANG KE HADAPAN RASULULLAH SAW SERTA IA MEMBERI SALAM KEPADA RASULULLAH DEMIKIAN BUNYINYA ASSALAAMUALAIKUM HAI KEKASIHKU
MUHAMMAD AMINULLAH PUN MENJAWAB WA ALAIKUMUSSALAM WAHAI SAUDARAKU JIBRAIL APALAH PEKERJAAN TUAN HAMBA DATANG INI
KATA JIBRAIL KEKASIHKU MUHAMMAD AMINULLAH TUHAN SEMESTA SERU SEKALIAN ALAM BERKIRIM SALAM KEPADA TUAN HAMBA BAHAWASANYA ALLAH SWT MEMBERI RAHMAT KEPADA TUAN HAMBA
ADA PUN RAJA HABIB IBN MALIK ITU MEMANGGIL TUAN HAMBA DATANG KE PADANG ABTAH ITU KERANA IA KEHENDAKNYA ITU HENDAKLAH DISURUH TUAN HAMBA MEMANGGIL BULAN
MAKA RASULULLAH PUN MENGANGKAT KEPALANYA MEMANDANG KEPADA SEKALIAN KAUM KELUARGANYA MAKA APABILA DILIHAT OLEH RASULULLAH MALAIKAT ITU TERLALU BANYAK KAUM MUHAMMAD AMINULLAH BERKELILING KAMPUNG MASING-MASING DENGAN RUPANYA MAKA MALAIKAT ITU PUN HAIRANLAH MELIHAT KEBESARAN ALLAH TAAL AZZA WAJALLA ITU
MAKA UJAR JIBRAIL YA NABI ALLAH BAIKLAH TUAN HAMBA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG DAN SEMBAHYANG TUAN HAMBA DUA RAKAAT SATU SALAM MAKA RASULULLAH PUN MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG MAKA TERUS SEMBAHYANG DUA RAKAAT SATU SALAM SETEAH SUDAH SEMBAHYANG RASULULLAH PUN TURUNLAH PERGI KE PADANG ABTAH IA MENDAPATKAN RAJA HABIB IBN MALIK DIIRINGKAN OLEH JIBRAIL, MIKAIL DAN ADALAH BEBERAPA BANYAK MALAIKAT YANG MENGIRINGKAN NABI SAW
MAKA APABILA DIDENGAR OLEH ORANG BANYAK GEMURUH SEPERTI BUNYI GURUH DI LANGIT DAN BUMI PUN BERGERAKLAH RASANYA MAKA SEKALIAN ORANG YANG DI PADANG ABTAH ITUPUN MEMANDANG SEKALIAN KEPADA JALAN RAYA ITU DARIPADA TEMPAT MUHAMMAD AMINULLAH ITU SETELAH DATANG MAKA TERPANDANG OLEH MEREKA ITU SEKALIAN KEPADA RASULULLAH MAKA CAHAYA MATAHARI PUN GELAP DIIBARAT BARANG CUACA MENJADI KELAM RUPANYA MAKA DILIHAT OLEH MEREKA ITU CAHAYA RASULULLAH ITU SEPERTI CAHAYA BULAN GILANG-GEMILANG BERKILAUAN
MAKA BAGINDA RASULULLAH PUN DATANG SEORANG DIRINYA JUGA ADA PERASAAN ORANG BANYAK ITU SEPERTI ORANG YANG BERPULUH RIBU BANYAKNYA YANG MENGIRINGKAN MUHAMMAD AMINULLAH ITU KEPADA PERASAAN HATINYA.
SETELAH DATANG RASULULLAH HAMPIR KEPADA RAJA HABIB IBN MALIK DISURUH OLEH RAJA HABIB IBN MALIK HADIRKAN KURSI AKAN TEMPAT MUHAMMAD AMINULLAH ITU KURSI YANG INDAH-INDAH TEMPAT DUDUK MUHAMMAD AMINULLAH ITU
MAKA RASULULLAH PUN DATANG SEORANG DIRINYA KE HADAPAN RAJA HABIB IBN MALIK MAKA SEGERALAH DITEGUR OLEH RAJA HABIB IBN MALIK SURUHNYA DUDUK DI ATAS KURSI MAKA NABI PUN DUDUK LAH DI ATAS KURSI
MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN BERKATA KEPADA RASULULLAH YA MUHAMMAD ADA PUN HAMBA INI SETELAH MENDENGAR KHABAR ORANG DAHULU KALA TATKALA MENJADIKAN ALLAH TAALA AKAN NABI-NABI ITU ADALAH DENGAN TANDANYA SERTA DENGAN MUKJIZATNYA MASING-MASING
MAKA SEKARANG INI HAMBA DENGAR TUAN HAMBA MENGATAKAN DIRI TUAN HAMBA NABI AKHIR ZAMAN DAN KHATIMUL ANBIYA’ DAN PENGHULU SEGALA NABI DAN JUNJUNGAN SEGALA NABI-NABI DAN MAHKOTA SEGALA NABI-NABI SEKARANG APAKAH TANDANYA DAN MUKJIZATNYA
ADAPUN TANDANYA TATKALA NABI NUH ITU MENJADI NABI MAKA BAHTERA NAIK KE UDARA, NABI IBRAHIM ALAIHISSALAM MENJADI NABI MAKA DIBAKAR OLEH RAJA NAMRUD ITU TIADA HANGUS ADAPUN NABI SULAIMAN MENJADI NABI MAHKOTANYA ITU TANDANYA DAN NABI ALLAH DAUD ALAIHISSALAM ITU MENJADI ABI TATKALA IA SEMBAHYANG MAKA SEGALA POHON KAYU SEKALIAN ….SUJUD SERTANYA INILAH TANDANYA
DAN NABI ALLAH ISA ALAIHISSALAM MAYAT ORANG MATI DIHIDUPKAN DAN BERKATA-KATA DENGAN ORANG MATI INILAH TANDANYA MASING-MASING DENGAN MUKJIZATNYA SEGALA NABI YANG DAHULU DAN NABI ALLAH MUSA ALAIHISSALAM TOONGKATNYA MENJADI ULAR DAN … MENJADI KALA
ADAPUN TUAN HAMBA INI MENGATAKAN DIRI TUAN HAMBA NABI AKHIR ZAMAN APALAH TANDANYA DAN MUKJIZAT TUAN KERANA SEKALIAN ORANG YANG DATANG INI DI TENGAH PADANG INI HENDAK MELIHAT MUKJIZAT TUAN DAN SEGALA ARAB MENGATAKAN TUAN HAMBA INI MENGATAKAN DIRI NABI AKHIR ZAMAN DAN KESUDAHAN SEGALA NABI MAKA ADAKANLAH TANDANYA SUPAYA KAMI SEKALIAN MENGETAHUI TUAN HAMBA INI NABI AKHIR ZAMAN HENDAKLAH TUAN HAMBA MENUNJUKKAN MUKJIZAT TUAN HAMBA INI
JIKALAU SEKIRANYA TUAN HAMBA TIADA MENGADAKAN MUKJIZAT ITU MAKA SEGALA ORANG BANYAK DI PADANG INI TELAH MENGHADIRKAN TAHI UNTA DAN KENCINGNYA BAIKLAH TUAN HAMBA MENYATAKAN TANDANYA ITU DAN MUKJIZAT TUAN HAMBA ADAKANLAH DIA ITU
SETELAH DIDENGAR OLEH RASULULLAH SAW PERKATAAN RAJA HABIB IBN MALIK DEMIKIAN ITU MAKA SABDA RASULULLAH SAW HAI RAJA TIADAKAH TUAN HAMBA MENDENGARKAN FIRMAN ALLAH TAALA DEMIKIAN ERTINYA ADAPUN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH TAALA SERTANYA SEGALA (KAFIR? KEPERCAYAAN) ITU DIMASUKKAN ISLAM BAHAWA SESUNGGUHNYA AKULAH PENGHULU SEGALA NABI YANG MURSAL 113 RASUL AKU YANG JADI PENGHULU DAN JIBRAIL YANG MEMBAWA FIRMAN ALLAH TAALA MAKA HAMBALAH DENGAN KENYATAAN MUKJIZAT BERBAGAI YANG INDAH DIANUGERAHI ALLAH TAALA AZZA WAJALLA BARANG YANG KU PINTA KEPADA TUHAN KU SEKALIAN DIANUGERAHI KEPADA AKU
MAKA APAKAH KEHENDAK RAJA KEPADA HAMBA INI KATAKAN LAH KEPADA HAMBA SUPAYA HAMBA MENDENGAR.
MAKA UJAR RAJA HABIB IBN MALIK HAI MUHAMMAD AMINULLAH ADAPUN YANG KAMI PINTA KEPADA TUAN HAMBA SEPERTI PERKATAAN ORANG BESAR-BESAR DI DALAM NEGERI MEKAH INI IAITU HENDAKLAH TUAN HAMBA ADAKAN SEPERTI MAKSUD KAMI SEKALIAN INI MINTA.
PANGGILKAN BULAN ITU TURUN DATANG KEPADA TUAN HAMBA DAN SURUHKAN BULAN ITU BERKELILING KAABAH ALLAH ITU TUJUH KALI TELAH ITU SURUHKAN BULAN ITU MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH AKAN TUAN HAMBA DENGAN BARANG YANG SUARANYA SUPAYA DIDENGAR OLEH SEGALA KHALAIQ YANG BANYAK INI DAN ORANG BESAR-BESAR DAN KECIL TUA DAN MUDA
MAKA TUAN HAMBA SURUHKAN MASUK KE DALAM TANGAN BAJU TUAN HAMBA YANG KANAN DAN KELUARKANLAH IA DARIPADA TANGAN BAJU YANG KIRI SETELAH ITU SURUHLAH PULA ITU MENJADI BELAH DUA SEBELAH KE MAGHRIB DAN SEBELAH MASYRIQ KEMUDIAN BULAN ITU BALIK KE LANGIT LAGI BERTEMU PULA SEPERTI SEDIA KALANYA DENGAN TIADA BERCELA LAGI RUPANYA
MAKA MUHAMMAD AMINULLAH INILAH YANG HAMBA SEKALIAN KEHENDAKKAN KEPADA TUAN HAMBA MAKA ADAKANLAH SEPERTI MAKSUD KAMI SEKALIAN INI JIKALAU TUAN HAMBA MENGADAKAN MUKJIZAT YANG SEPERTI DEMIKIAN ITU MAKA SUNGGUHLAH TUAN HAMBA INI NABI AKHIR ZAMAN DAN PENILIK SEGALA NABI-NABI DAN PENGHULU SEGALA NABI-NABI DAN MAHKOTA SEGALA NABI-NABI DAN LAGI MAKHDUM SEGALA NABI-NABI BAHARULAH KAMI SEKALIAN PERCAYA AKAN TUAN HAMBA JIKALAU ADAKAN OLEH TUAN HAMBA AKAN MAKSUD HAMBA SEKALIAN INI BAHARULAH HAMBA SEKALIAN PERCAYA MENURUT SEBARANG KATA TUAN HAMBA.
SETELAH DIDENGAR OLEH ABU JAHAL KATA RAJA ITU MAKA IAPUN BANGKIT DARIPADA TEMPATNYA DUDUK MAKA PEGANGNYA TANGAN RAJA HABIB IBN MALIK ITU MAKA JUNJUNGAN KEPALANYA SERTA KANAN DAN HAI RAJA KAMI DAN MAHKOTA KAMI SEKALIAN ARAB SEBENARNYALAH SEPERTI KATANYA TUANKU YANG DEMIKIAN ITU
MASAKAN DAPAT MUHAMMAD ITU MEMANGGIL BULAN MAKA SUKARIALAH HATI KAMI SEKALIAN MENDENGARKAN TITAH TUANKU DAN PUASLAH HATI KAMI SEKALIAN MENDENGARKAN DAN TERANGLAH MATA KEPALA HAMBA MU DAN TERANGKLAH TELINGA HAMBA SEKALIAN SEPERTI SUATU PADANG YANG AMAT LUAS DEMIKIAN RASA HATI HAMBA MU
MAKA BAGINDA RASULULLAH SAW PUN BERSABDA KEPADA RAJA HABIB IBN MALIK ITU HAI RAJA HABIB DAN RAJA DALAM NEGERI MAKA ADAPUN HAMBA INI TIADALAH BERKUASA BERBUAT BARANG SUATU KEHENDAK HAMBA ITU
MAKA DI DALAM ANTARA BERKATA-KATA ITU HARI PUN PETANGLAH MATAHARI PUN MASUK DAN BULAN PUN TERBITLAH MAKA RASULULLAH PUN MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG LALU RASULLLAH SEMBAHNYANG DUA RAKAAT MINTA DOA KEPADA ALLAH TAALA
MAKA RASULULLAH PUN NAIK LAH KE ATAS BUKIT QUWIS? QABIS? SERTA DIIRINGKAN OLEH ZUBIR DAN ABBAS DAN BAGINDA ALI DAN ABU TALIB DAN RAJA HABIB IBN MALIK ITU TELAH SAMPAI KE ATAS BUKIT … ITU MAKA BULAN PUN TERBITLAH DENGAN BERCAHAYA-CAHAYA MAKA RASULULLAH PUN SEMBAHYANGLAH DUA SALAM DI ATAS BUKIT ITU
SETELAH SUDAH SEMBAHYANG MAKA RASULULLAH PUN MEMANDANGLAH KE ATAS BERTENTANG DENGAN BULAN ITU SERAYA BERSERU-SERU DEMIKIAN BUNYINYA HAI BULAN DATANGKAN ENGKAU KE MARI TURUN DENGAN KUDRAT ALLAH TAALA TUHAN YANG MAHA KUASA MENJADIKAN BARANG SEKEHENDAKNYA KEPADA SEKALIAN HAMBANYA
MAKA DENGAN TAKDIR ALLAH SWT MAKA BULAN ITUPUN TURUNLAH DATANG KEPADA RASULULLAH SEPERTI KEHENDAK RAJA HABIB IBN MALIK LALU BULAN MENUJU KAABAH ALLAH SETELAH SUDAH MAKA BULAN ITUPUN MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH DEMIKIAN BUNYINYA …(PENUH)…
MAKA SEGALA (KERABAT SEPARUH/SEPERTI) DARIPADA MEREKA ITU TIADALAH PERCAYALAH NABI MUHAMMAD ITU ADAPUN SEKALIAN SENDI ANGGOTANYA MAKA BULAN ITUPUN MENJADIKAN DIRINYA KECIL MAKA BULAN ITU MASUKLAH KE DALAM TANGAN BAJU RASULULLAH YANG KANAN MAKA KELUAR PULA IA KEPADA TANGAN BAJU KIRI
LALU BULAN ITU MEMBELAHKAN DIRINYA SEBELAH LALU KE MASYRIQ DAN SEBELAH LALU KE MAGRHRIB LALU NAIK KE ATAS LANGIT BULAN ITUPUN BERTEMULAH SEPERTI SEDIA KALANYA TIADA BERSALAHAN DENGAN SELAMAT
MAKA RASULULLAH PUN TURUNLAH DARI ATAS BUKIT QUBAS ITU SERTA DENGAN ZUBIR ABBAS DAN ABU TALIB DAN BAGINDA ALI DAN DENGAN SEGALA RAJA-RAJA DAN ORANG BESAR2 SEKALIAN RAKYAT KECIL DAN BESAR TUA DAN MUDA SEKALIAN BERHIMPUNLAH MESYUARAT AKAN MUKJIZAT MUHAMMAD AMINULLAH ITU
MAKA KATA RAJA HABIB IBN MALIK ADAPAUN MANA MAKSUD YANG TELAH KITA MINTA ADAKAN KEPADANYA ITU SEKALIAN TELAH DIADAKAN SEKARANG APALAH BICARA TUAN SEKALIAN HARUSLAH/ HARUSKAH KITA PERCAYAKAN AKAN DIA BARANG YANG TELAH DIBERITAKAN DI HADAPAN MATA KITA SEGALA BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA MUHAMMAD AMINULLAH ITU NABI AKHIR ZAMAN DAN PENGHULU SEGALA NABI-NABI HARUSLAH KITA MENURUT KATANYA
APABILA DIDENGAR OLEH ABU JAHAL PERKATAAN RAJA HABIB ITU LALU BERKATA HAI TUANKU SHAH ALAM KENAPALAH TUANKU PERCAYAKAN ORANG FITNAH DAN SOBAH DARIPADA HIKMAHNYA ITU DAPAT DIPANGGILNYA BULAN ITU
MAKA KATA RAJA HABIB IBN MALIK ITU HAI ABU JAHAL PERBUATLAH OLEH MU BIARLAH BULAN ITU DATANG KEPADA MU SUPAYA KITA LIHAT MUKJIZAT MU ITU JIKALAU MUHAMMAD AMINULLAH ITU PERBUATAN HIEBATAN KAMI SEKALIAN PUN MELIHAT HISIYYAN…?
MAKA APABILA DIDENGAR ABU JAHAL KATA RAJA HABIB IBN MALIK DEMIKIAN ITU MAKA ABU JAHALA PUN UNDURLAH LALU PERGI DARI HADAPAN RAJA HABIB IBN MALIK ITU MAKA DENGAN KAUM KELUARGANYA
MAKA RASULULLAH PUN MENGAJAR KALIMAH SYAHADAH KEPADA RAJA HABIB IBN MALIK ITU DEMIKIAN BUNYINYA (PENUH) MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN IKRARLAH MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH SERTA MASUK AGAMA ISLAM DENGAN TULUS IKHLAS HATINYA DENGAN SEGALA RAKYATNYA DAN KAUM KELUARGANYA DAN ORANG BESAR-BESAR DAN MENTERI DAN HULUBALANG DI DALAM NEGERI MEKAH SEKALIAN MASUK AGAMA ISLAM MELAINKAN ABU JAHAL JUGA DENGAN SEGALA KAUM KELUARGANYA YANG TIADA MASUK AGAMA ISLAM
SETELAH ITU RASULULLAH PUN KEMBALI PULANG KE RUMAHNYA DENGAN DIRINGKAN SEGALA KAUM KELUARGANYA ITU SEKALIAN DENGAN SUKACITANYA DAN RAJA HABIB IBN MALIK PUN SERTA MENGIRINGKAN RASUL ITU PULANG KE RUMAHNYA
MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN BERPALING KEMBALI KE RUMAHNYA DENGAN SEGALA ORANG-ORANG BESAR-BESAR DAN SEGALA MENTERI HULUBALANGNYA RAKYAT SEKALIAN DAN KAUM KELUARGANYA RASULULLAH PUN PERGILAH PULA MENGHANTARKAN RAJA HABIB IBN MALIK KEMBALI KE RUMAHNYA ITU
SYAHDAN MAKA APABILA SAMPAI KE RUMAHNYA MAKA TERINGATLAH IA AKAN ANAKNYA ITU TIADA BERKAKI DAN BERTANGAN MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN BERKATA KEPADA SEORANG MENTERINYA ADALAH LAGI SUATU MAKSUDKU KEPADA RASULULLAH ITU
JIKALAU SESUNGGUHNYA RASULULLAH ITU KHATIMUL ANBIYA’ MAKA HENDAKLAH AKU BERKATA ANAKKU INI TIADA BERKAKI DAN BERTANGAN SERUPA MANUSIA YANG BANYAK MELAINKAN AKU HENDAK MENGHANTARKAN ANAKKU INI KEPADA RASULULLAH AMINULLAH MINTA ADAKAN KAKI DAN TANGAN ANAKKU
MAKA RAJA HABIB PUN MENYURUHKAN SEORANG MENTERINYA MEMBAWA ANAKNYA ITU KEPADA RASULULLAH
AL-KISAH MAKA DICITRAKAN OLEH ORANG YANG EMPUNYA CITRA INI MAKA TURUN MALAIKAT JIBRAIL KEPADA RASULULLAH MEMBAWA FIRMAN ALLAH SWT KEPADA RASULULLAH SAW SERAYA KATANYA YA HABIBULLAH BAHAWA HAMBA INI DIPESAN OLEH AZZA WAJALLA MEMBERI TAHU KEPADA TUAN HAMBA ADAPUN RAJA HABIB IBN MALIK ITU MENYURUH MEMBAWA ANAKNYA ITU YANG TIADA BERKAKI DAN TIADA BERTANGAN AKAN DIBAWA KEPADA TUAN HAMBA ITU
MAKA APABILA DATANG IA KEPADA TUAN HAMBA MAKA SELIMUTKANLAH DENGAN GEBAR TUAN HAMBA INI MAKA TUAN SEMBAHYANG DUA RAKAAT SATU SALAM SETELAH SUDAH JIBRAIL MEMBAWA KEPADA RASULULLAH MAKA JIBRAIL PUN KEMBALI KE HADRAT ALLAH TAALA
HATTA MAKA TIADA BERAPA LAMA ANTARANYA MAKA DATANGLAH ORANG YANG DISURUHKAN OLEH RAJA HABIB IBN MALIK ITU MEMBAWA ANAKNYA YANG TIADA BERKAKI DAN BERTANGAN ITU SEORANG ANAK PEREMPUAN DIBUBUHNYA ATAS SATU PIRING/ PINGGAN/DULANG EMAS DILETAKKAN DI HADAPAN RASULULLAH
MAKA RASULULLAH PUN MENUTUPI DENGAN KAIN GEBARNYA LALU IA SEMBAHYANG DUA RAKAAT SATU SALAM MAKA RASULULLAH MINTA DOA KEPADA ALLAH TAALA TIADA BERAPA LAMA ANTARANYA BELUM HABIS RASULULLAH MEMBACA DOA MAKA ANAK RAJA HABIB IBN MALIK PUN DUDUKLAH SENDIRINYA SERTA LENGKAP KEDUA KAKI TANGANNYA DENGAN SEMPURNA TERUS DISURUH OLEH RASULULLAH PULANG KE RUMAHNYA
LALU DIBAWA KE HADAPAN AYAHANDA RAJA HABIB IBN MALIK TELAH DILIHAT ANAKNYA TELAH DIPERTEMUKAN ALLAH TAALA KEMBALI KAI TANGANNYA KEDUA MAKA RAJA HABIB PUN TERLALU HAIRAN AKAN MUKJIZAT RASULULLAH ITU SERTA DENGAN PUJI-PUJIAN KEPADA RASULULLAH SAW DENGAN BEBERAPA PERKATAAN RAJA HABIB IBN MALIK ITU DAN MEMBENARKAN RASULULLAH SAW ITU NABI AKHIR ZAMAN DAN KEKASIH ALLAH TAALA DENGAN SEBANAR-BENARNYA DAN MAHKOTA SEGALA NABI DAN PENGHULU NABI-NABI DAN PENILIK SEGALA NABI-NABI DAN KESUDAHAN SEGALA NABI DAN BARANG APA KEHENDAKNYA SEKALIAN JADI BELAKA
SYAHDAN MAKA RAJA HABIB IBN MALIK ITU PUN MAKIN BERTAMBAH-TAMBAH TAKUTNYA DAN KEPERCAYAAN SERTA DENGAN YAKIN HATINYA KEPADA RASULULLAH SERTA MENYURUH MENGHANTARKAN BEBERAPA HADIAH DARIPADA EMAS DAN PERAK DENGAN BEBERAPA PAKAIAN YANG INDAH-INDAH PADA 10 ORANG LAKI-LAKI DAN 10 ORANG PEREMPUAN MENGANTARKAN HADIAH KEPADA RASULULLAH
SETELAH SUDAH DATANG HADIAH PERSEMBAHANNYA KE HADAPAN RASULULLAH MAKA ORANG YANG MEMBAWA PERSEMBAHAN ITUPUN SERAYA BERKATA YA JUNJUNGANKU INILAH HADIAH PERSEMBAHAN DARIPADA RAJA HABIB IBN MALIK KE BAWAH ….(TELAPAK ..PARAS JUNJUNGAN KU MAKA HENDAKLAH DITERIMA OLEH JUNJUNGAN KU DENGAN SEMPURNA MAKA SABDA RASULULLAH BAIK, HAMBA TERIMA HADIAH PERSEMBAHAN ITU DARIPADA RAJA HABIB IBN MALIK ITU
MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN DATANG PULA DENGAN SENDIRINYA MENGADAP KEPADA RASULULLAH SAW SERAYA BERKATA HAI JUNJUNGANKU BAHAWA SESUNGGUHNYA TUAN HAMBA INI NABI AKHIR ZAMAN DAN MAHKOTA SEGALA NABI-NABI BARANG YANG HAMBA PINTA KEPADA JUNJUNGANKU SEKALIAN MAKSUD HAMBA BERLAKU
MAKA SABDA RASULULLAH SAW HAI RAJA HABIB IBN MALIK TIADA TUAN HAMBA MENDENGAR YANG TELAH TERSEBUT DI DALAM KITA TAURAT DAN ZABUR DAN INJIL TIADALAH NABI YANG LAIN ITU DIJADIKAN ALLAH TAALA NABI AKHIR ZAMAN MELAINKAN HAMBA INILAH YANG DIJADIKAN ALLAH TAALA NABI AKHIR ZAMAN DAN KESUDAHAN NABI-NABI DAN HAMBA INILAH YANG TERLEBIH DARIPADA SEGALA SIDANG/ SEBARANG NABI
DAN NAMA HAMBALAH YANG TERSEBUT DENGAN NAMA ALLAH SWT DARIPADA SEGALA PINTU LANGIT DAN PINTU SYURGA DAN YANG TERSURAT PADA TIANG AR’SYH DEMIKIAN BUNYINYA LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADURRASULULLAH
YANG MULA-MULA DISEBUT OLEH SEGALA MALAIKAT DARI MASYRIQ DATANG KE MAGHRIB DARI DUNIA SAMPAI KE AKHIRAT SEKALIAN ITU TERSEBUT NAMA HAMBA DENGAN NAMA ALLAH AZZA WAJALLA DEMIKIAN BUNYINYA …… LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASULULLAH
BERMULA YANG DITURUNKAN ALLAH SWT ITU QURAN KEPADA HAMBA YANG MENGATAKAN HAMBA YANG TERSEBUT NABI AKHIR ZAMAN DAN KESUDAHAN NABI
SABDA RASULULLAH SAW HAI RAJA HABIB IBN MALIK BARANGSIAPA PERCAYAKAN AKAN NUBUWWAH HAMBA DAN MENURUT KEPADA HAMBA DENGAN SUNGGUHNYA MAKA ALLAH SWT AKAN MASUKKAN SYURGA
DAN BARANGSIAPA TIADA PERCAYA AKAN MUKJIZAT HAMBA DAN TIADA PERCAYA AKAN KITAB AL-QURAN YANG TELAH DITURUNHKAN ALLAH SWT KEPADA HAMBA ITU BAHAWA SESUNGGUHNYA ORANG ITU AKAN DIMASUKKAN ALLAH TAALA KE DALAM NERAKA YANG DI BAWAH SEKALI DENGAN MERASAI SIKSA BERBAGAI YANG TIADA DAPAT MENDERITA LAGI SELEPAS ITU.
MAKA RAJA HABIB IBN MALIK PUN BERMOHONLAH KEPADA RASULULLAH HENDAK KEMBALI PULANG KE RUMAHNYA SERAYA KATANYA ITU YA JUNJUNGAN KU BAHAWA ADALAH HAMBA MEMBACA DI DALAM KITAB INJIL DAN ZABUR DAN TAURAT DENGAN SESUNGGUHNYA JUNJUNGANKU ITU NABI AKHIR ZAMAN DAN PENGHULU SEKALIAN NABI-NABI DAN KESUDAHAN SEGALA NABI-NABI DAN MAHKOTA NABI-NABI.
KATA ORANG YANG EMPUNYA CERITA TATKALA RAJA HABIB IBN MALIK BERKATA DENGAN RASULULLAH MAKA ABU JAHAL ITU ADA MENGINTAI-INTAI DAN MENDENGAR-DENGAR DARI BAWAH RUMAH RASULULLAH APABILA DIDENGAR OLEH ABU JAHAL SEGALA PERKATAAN RAJA HABIB ITU MAKA PUTUSLAN HARAPANNYA ABU JAHAL ITU DENGAN SEGALA KAUM KELUARGANYA TIADA PERCAYA LAGI DENGAN MASHGULNYA MASING PULANG KE RUMAHNYA MENANDA IA AKAN DIRINYA TIADA DAYA UPAYA LAGI KERANA SUDAH BERCERAI DENGAN RAJA HABIB IBNU MALIK ITU…TAMAT.
MAKA DICITRAKAN OLEH ORANG YANG EMPUNYA CITRA INI BARANGSIAPA MEMBACA CITRA INI YAKNI HIKAYAT BAGINDA RASULULLAH SAW YANG DIFITNAHKAN? OLEH ABU JAHAL KEPADA RAJA HABIB IBN MALIK MAKA HENDAKLAN ENCIK DAN TUAN SEKALIAN DUNIA SAMPAI AKHIRAT TIADALAH SELAMAT SEUMUR HIDUPNYA ITU DAN TIADALAH SEMPURNA BARANG SUATU PERBUATANNYA DAN TIADALAH MENDAPATKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN AKHIRAT TIADA DARIPADA RASULULLAH SAW SAMPAI KEPADA HARI KIAMAT DAN LAGI ATASNYA KEPADA ORANG YANG MEMBACA PERI MUKJIZAT JANGANLAH DISENDAKAN ? DAN DIOLOK-OLOKKAN SEPERTI ABU JAHAL ITU MELAINKAN HENDAKLAH KITA MEMBACAKAN FATIHAH AKAN NABI MUHAMMAD SAW SERTA MINTAKAN DOA SUPAYA JANGAN BERCERAI DENGAN IMAN DARIPADA HIDUP SAMPAI MATI DI DALAM SYAFAAT RASULULLAH SAW
AL-FATIHAH ILA HADRATIN NABIYYU SOLLALLAHU ALAIHI WA SALLAM KHAIRU KHALQIHI MUHAMMAD WA ‘ALA AALIHI WA SOHBIHI AJMAI’EN BIRAHMATIKA YA ARHAMARRAAHIMIIN YA RABBAL ‘ALAMIN.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
WABIHI NASTAI’IN BILLAHI TAALA INI PERI HIKAYAT MENYATAKAN NABI ALLAH BERCUKUR. BERMULA BARANGSIAPA MEMBACA DIA ATAU MENDENGARKAN DIA DARIPADA PERMULAAN DATANG KEPADA KESUDAHANNYA NESCAYA DIAMPUN OLEH ALLAH SWT SEGALA DOSA HATTA PADA SEGALA WAKTU
MAKA DATANGLAH SEORANG DARIPADA KAUM SAHABAT NABI ALLAH MAKA IA PUN BERTANYA KEPADA ABU BAKAR AS-SIDDIK R.A BERTANYA APALAH KIRANYA PERI KEMULIAAN MUKJIZAT NABI ALLAH BERCUKUR ITU, DI HADAPAN SIAPA NABI ALLAH BERCUKUR ITU DAN KOPIAH DARIPADA MANA AKAN DIPAKAI NABI ALLAH BERCUKUR ITU DAN BERAPA TAHUN LAMANYA SUDAH NABI ALLAH BERCUKUR
MAKA UJAR ABU BAKAR AS-SIDDIK R.A DEMIKIAN BUNYINYA;
HAI MUKMININ YANG PERCAYA AKAN ALLAH JIKA TUAN HAMBA HENDAK MENDENGAR PERI KEMULIAAN MUKJIZAT NABI ALLAH BERCUKUR ITU BAIKKLAH HAMBA CITRAKAN KEPADA TUAN HAMBA
ADAPUN TATKALA NABI ALLAH BERCUKUR ITU WAKTU RASULULLAH KEMBALI DARIPADA PERANG DENGAN RAJA LAHAD (?) PADA 9HB RAMADAN HARI ISNIN TATKALA MEMBACA QURAN PADA KETIKA ITU DIA TURUN DIBAWA OLEH JIBRAIL KEPADA NABI DEMIKIAN ‘’AYAT..)
TELAH ITU DIBACA RASULULLAH MAKA NABI BERFIKIR LALU MENDENGAR BUNYINYA AYAT ITU YANG DIBAWA OLEH JIBRAIL MAKA UJARNYA YA NABI ALLAH BAHAWA ALLAH SWT MENILIK PADA QURANUL MAJID MENYURUHKAN TUAN HAMBA INI BERCUKUR
SETELAH DENGAR OLEH NABI ALLAH KATA JIBRAIL YANG DEMIKIAN ITU MAKAN SABDA RASULULLAH KEPADA JIRAIL YA TUANKU JIBRAIL MAHULAH HAMBA BERCUKUR JIKA DEMIKIAN DENGAN FIRMAN ALLAH TAALA MAKA SABDA RASULULLAH SAW YA TUANKU JIRAIL JIKA HAMBA BERCUKUR ITU DI HADAPAN SIAPALAH HAMBA BERCUKUR ITU DAN SIAPALAH YANG MENCUKUR HAMBA INI DAN KOPIAH DARIMANA YANG HAMBA PAKAI ITU MAKA SUDAH BERCUKUR
SETELAH DIENGAR OLEH JIBRAIL YANG DEMIKIAN ITU MAKA JIBRAIL MUNAJATLAH KEPADA HADRAT ALLAH SWT DEMIKIAN BUNYINYA YA RABBI YA SAYYIDI YA TUHAN KU ENGKAU JUALAH AMAT MENGETAHUI BAHAWA IA KEKASIHMU MUHAMMAD ITU SETELAH RIDALAH IA BERCUKUR DENGAN FIRMAN MU AKAN TETAPI SEMBAH KEKASIHMU KE HADRAT MU DI HADAPAN SIAPA KEKASIHMU BERCUKUR ITU DAN SIAPA YANG MENCUKUR KEKASIHMU ITU DAN KOPIAH DARIMANA AKAN DIPAKAI KEKASIHMU ITU YA TUHAN KU
MAKA FIRMAN ALLAH TAALA KEPADA JIRAIL ADAPUN KEKASIHKU ITU BERCUKUR DI HADAPAN CAHAYA DIRINYA JUA KERANA IA CAHAYA NABI-NABI DAN YANG MENCUKUR KEKASIHKU ITU ENGKAU JIBRAIL DENGAN FIRMAN KU DAN KOPIAH YANG AKAN DIPAKAI KEKASIHKU JIKA SUDAH BERCUKUR AMBIL OLEHMU DAUN KAYU TUBA YANG AMAT HIJAU WARNANYA DI DALAM SYURGA PERBUAT OLEH MU AKAN KOPIAH KEKASIHKU DARIPADA ANUGERAH KU
SETELAH DIDENGAR OLEH JIBRAIL FIRMAN ALLAH TAALA DEMIKIAN ITU MAKA JIBRAIL ITU PUN PERGILAH KE DALAM SYURGA MAKA JIBRAIL PUN MENYERULAH MALAIKAT RIDWAN SERAYA KATANYA BUKAKAN OLEH MU PINTU SYURGA INI
MAK SAHUT OLEH RIDWAN SIAPA YANG DI LUAR PINTU SYURGA INI MAKA SAHUT JIBRAIL KERANA AKU DISURUH ALLAH SWT AKAN MENGAMBIL DAUN TUBA AKAN KOPIAH BAGINDA RASULULLAH SAW SERTA MEMANGGIL ANAK-ANAK BIDADARI AKAN RAMBUT NABI ALLAH KERANA IA AKAN BERCUKUR MAKA MALAIKAT RIDWAN PUN SEGERALAH IA MEMBUKA PINTU SYURGA
MAKA JIBRAIL PUN MASUKLAH KE DALAM SYURGA ITU MAKA DIAMBILNYA DAUN KAYU TUBA ITU DIPERBUAT OLEH JIBRAIL AKAN KOPIAH NABI ALLAH TELAH SUDAH MAKA DIBAWA KOPIAH ITU KEPADA RASULULLAH SAW BERMULA CAHAYA KOPIAH ITU TERLALU AMAT GILANG GEMILANG KILAU-KILAUAN DAN TERLEBIH PULA DARIPADA CAHAYA MATAHARI DAN BULAN PURNAMA 14 HARI
MAKA NABI ALLAH PUN BERSABDA KEPADA JIBRAIL SIAPAKAH MENCUKUR HAMBA DAN DI HADAPAN SIAPA HAMBA BERCUKUR ITU DAN KOPIAH DARIMANA YANG AKAN HAMBA PAKAI BERCUKUR ITU SETELAH DIDENGAR OLEH JIBRAIL SABDA RASULULLAH YANG DEMIKIAN ITU MAKA KATA JIBRAIL YA NABI ALLAH HAMBALAH YANG MENCUKUR TUAN HAMBA ITU DENGAN FIRMAN ALLAH SWT DAN LAGI DI HADAPAN CAHAYA TUAN HAMBA JUGA BERCUKUR ITU KERANA CAHAYA TUAN HAMBA ITU CAHAYA SEGALA NABI-NABI
SETELAH SUDAH DEMIKIAN ITU MAKA NABI ALLAH PUN MENYERAHKAN KEPALANYA YANG MULIA ITU MENYURUH MENYUKURKAN JIBRAIL MAKA DICUKURLAH OLEH MALAIKAT JIBRAIL KEPADA RASULULLAH SAW PADA 19HB RAMADAN PADA HARI ISNIN
MAKA KEEMPAT SAHABAT NABI HADIRLAH MENGHADAP KEPADA RASULULLAH WAKTU BERCUKUR ITU MAKA FIRMAN ALLAH TAALA MENITAHKAN SEGALA ANAK-ANAK BIDADARI HAI SEGALA ANAK-ANAK BIDADARI KELUARLAH ENGKAU SEKALIAN DARI DALAM SYURGA PERGILAH ENGKAU SEGERA TURUN KE DUNIA MENGAMBIL RAMBUT KEKASIHKU YANG DICUKUR OLEH JIBRAIL DAN SEHELAI RAMBUTNYA PUN JANGANLAH GUGUR KE BUMI AMBIL OLEH MU SEHELAI SEORANG AKAN AZIMAT IKATKANLAH PADA LENGAN KAMU YANG KANAN SUPAYA AKU AMPUN SEKALIAN DOSA KAMU
BERSABDA RASULULLAH KEPADA JIBRAIL YA JIBRAIL HIKMAT APAKAH DIA INI MAKA RAMBUT HAMBA SEHELAI JUA PUN TIADA GUGUR KE BUMI MAKA UJAR JIBRAIL YA NABI ALLAH KERANA TURUN KE DUNIA MENGAMBIL RAMBUT TUAN HAMBA ITU SEHELAI SEORANG JUAPUN TIADALAH SAMPAI PERI KEBAIKAN ANAK BIDADARI DARI ITU ADAPUN BANYAK RAMBUT TUAN HAMBA ITU SEKATI DUA LAKSA 6,666 HELAI DEMIKIANLAH BANYAKNYA ANAK-ANAK BIDADARI
SETELAH DIDENGAR OLEH NABI KATA JIBRAIL DEMIKIAN MAKA NABI ALLAH PUN DIAMLAH TURUNLAH FIRMAN ALLAH SWT KEPADA NABI ALLAH HAI KEKASIHKU BARANGSIAPA MENARUH PERI HIKAYAT KEKASIHKU BERCUKUR ITU MAKA KU LEPASKAN DIA DARIPADA SEGALA BAHAYA DUNIA DAN AKHIRAT DAN SAKARATUL MAUT AKAN MENGAMBIL NYAWANYA DENGAN SOPAN JUA DAN LAGI TERPELIHARA DARIPADA SOAL MUNKAR DAN NAKIR
MAKA SABDA RASULULLAH SAW BARANGSIAPA TIADA MENARUH PERI HIKAYAT KU BERCUKUR INI MAKA ORANG ITULAH BUKAN UMATKU DAN BUKAN IA DARIPADA UMATKU DAN AKUPUN BUKAN NABINYA
DAN BARANGSIAPA MENARUH PERIKU BERCUKUR INI ITULAH UMATKU DAN KEKASIHKU DAN LAGI BARANG SIAPA UMATKU MINTA TARUHKAN BAIK-BAIK JANGAN DIBERIKAN SURATKU BERCUKUR INI PADA ORANG JAHIL DAN ORANG YANG MUNAFIK DAN BAHAWA KAMU URAIKAN PADA ORANG MUKMININ DAN LAGI HENDAKLAH KIRANYA KAMU BERIKAN KEPADA SUATU RUMAH MANA SUATU DUSUN KEPADA SUATU DUSUN DAN KEPADA SUATU KAMPUNG KEPADA SUATU KAMPUNG SUPAYA DIAMPUNI ALLAH TAALA SEGALA DOSANYA DAN BARANGSIAPA MENARUH PERIKU BERCUKUR INI MAKA ALLAH TAALA MENURUNKAN RAHMATNYA DIBALAS RUMAH KAMU BEERPULUH AMAL DAN BEBERAPA REZEKI DIANUGERAHI ALLAH TAALA DAN DIPELIHARAKAN ALLAH TAALA DARIPADA BAHAYA DAN BENCANA ORANG DENGKI PUN TIADA SAMPAI DAN PENCURI TIADA DAPAT MASUK RUMAH KAMU DAN JIKALAU KAMU TIDUR SEKALIPUN TERKEJUT DARIPADA TIDURNYA DAN PADA ORANG YANG PERKERJAAN SELAMAT DAN JIKA SETERU SEKALIPUN HABIS BINASA DAN BARANG KE MANA PERGI BEROLEH SELAMAT DIBERI ALLAH AZZA WAJALLA DAN JIKALAU BERPERANG BEROLEH KEMENANGAN DAN SEGALA SENJATA SETERUNYA TIDAK DAPAT MENGENAI DIA DARIPADA BERKAT PERIKU BERCUKUR INI DAN JIKALAU DA RA WAU YA SHIN (DARWIS) SEKALIPUN HENDAKLAH IA HADIR PADA RUMAHNYA
BARANGSIAPA BERDAYAKAN PADANYA NESCAYA IA BERTAMBAH RAHMAT ALLAH TURUN DI RUMAHNYA BERKAT PERIKU BERCUKUR INI RAHMAT ALLAH TAALA SELAKSA SEKALI TURUN PADA RUMAHNYA PADA SEHARI-HARI JUA ADANYA
WASALLALLAHU ALA KHAIRI KHALQIHI MUHAMMAD WA AALIHI WA ASHAABIHI AJMAI’EIN. AMIN.
AZZURI-The ZOROASTER: zapppP___zZ
AUDIO PLAYER __________________________________________ “Verily, my WALI is ALLAH Who revealed THE BOOK (Quran), and He protecs the righteous”___(7:196) AZZURRI AHLULBAIT BLOGGER-BANIHASYIM QURAISY CLUB's MEMBERS- Read the Book of Allah and 'YOU CAN FEEL THE DIFFERENT' They are........FRIENDS!!!!! True friend scolds like a DAD.. Cares like a MOM.. Teases like a SISTER.. Irritates like a BROTHER.. And finally loves U more than a LOVER. What else..? And thanks coz to be a Muslim. Ameen... JOIN NOW for happines, relationship and others!!!! http://www.tagged.com/azzurrisahlulbaitclub ____ --"If you (really) LOVE Allah, then follow me, Allah will LOVE you and forgive you your sins." (3:31)
"And I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)
We need friends for many reasons, all throughout the four seasons. We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad. We needs friends to give us good advise, we need someone we can count on to treat us nice. We need friends because we are social in nature and having friends makes us feel secure. We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last. THAT'S WHY I NEED YOU!!..
They are........FRIENDS!!!!! True friend scolds like a DAD.. Cares like a MOM.. Teases like a SISTER.. Irritates like a BROTHER.. And finally loves U more than a LOVER.
YANG KUSAYANG...TANAHAIRKU TERCINTA..
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU-MALAYSIA... HIDUP MALAYSIA!!! 'You Can Feel The Different'... AKU ANAK MALAYSIA..!!!Firman Allah:
Katakanlah: "Aku diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini yang dijadikannya suci dan aku hanya diperintahkan membaca ALQURAN kepada seluruh alam" LOVE
No comments:
Post a Comment