"That my Lord has forgiven me, and made me of the honoured ones!" (yassin:27)
Berkata as-Syeikh Abu Othman Ismail bin Abdur Rahman as-Sabuni rahimahullah:Ahlul Hadis bersaksi dan berpendirian bahawa al-Quran adalah Kalamullah, kitabNya, ucapanNya (kata-KataNya), wahyuNya yg diturunkan olehNya, bukan makhluk. Sesiapa yg mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk dan beri’tiqad dengannya, maka dia adalah telah kafir menurut Ahlul hadis.
Al-Imam Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah berkata: “Al-Qur’an adalah kalamullah-BUKAN MAKHLUK..! Siapa yang mengatakan Al-Qur’an adalah makhluk, maka dia telah kufur kepada Allah Yang Maha Agung, tidak diterima persaksiannya, tidak dijenguk jika sakit, tidak dishalati jika mati, dan tidak boleh dikuburkan di pekuburan kaum muslimin. Ia diminta taubat, kalau tidak mau maka dipenggal lehernya.
kerana itu saidina Hussein rd berkata berkata kepada umat: "Kalau aku tidak mahu RAHMAT Allah ini tersebar di kalangan kalian, nescaya aku tidak akan BERBICARA dengan kalian"
Allah tidak ada serupa yang ada. Yang dikatakan WAHYU itu ialah ALQURAN kerana Allah hanya berkata-kata melalui alQuran. Allah tidak ada suara atau rupa; yang ada cuma KATA-KATANYA dan kata-kata Allah itu hanya lah ALQURAN dan ALQURAN itulah satu-satunya BUKTI DARI ALLAH.
Yang didalam kurungan di dalam alQuran adalah penterjemahan dari Penafsir dan tidak ada dalam matan AyatNya yang Arab.. Maka penafsirannya perlu TEPAT dengan sifat zatAllah iaitu Berkata-Kata.
Tafsiran Sediada:
[51]Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. ~AS ASYURAA..
Tafsiran Betul:
[51]Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (ALQURAN), atau dari sebalik dinding (mimpi atau ilham), atau dengan mengutuskan utusan (PENYERU- manusia atau malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu (ALQURAN) kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. ~AS ASYURAA..
Maka kerana itu alQuran dikatakan QADIM iaitu azali dari Allah dan bukan Muhaddas iaitu bukan Makhluk atau benda baharu. ALQURAN itulah suara Allah iaitu BACAAN KEBENARAN. Ia bukan dibawa oleh Syaitan-Syaitan dan TIDAK BOLEH DIPALSUKAN dari mana-mana arah dan segi sekalipun.
Kerana itu yang dikatakan Makrifatullah adalah mengenal Allah dengan SIFAT ZATNYA iatu KALAMULLAH itu sendiri. Kerna itu dikatakan 'TIADA PEMBERI SYAFAAT DI PADANG MASYAR MELAINKAN ALQURAN.' dan untuk mendapat syafaat alQuran ini maka perlu mendapat Syafaat Rasulullah SAW iaitu perlu sempurna 4 asasnya iaitu sabda Rasulullah SAW:
1. Menghormati keturunanku.
2. Membantu urusan mereka.
3. Memenuhi keperluan mereka.
4. Menyintai dengan lidah dan hatinya iaitu IKHLAS.
Kenapa perlu menghormati dan mengikut ahlulbait?
-Kerana ALQURAN QADIM itu berada di tangan Ahlulbait iaitu kaedah menggunakan alQuran dgn betul. Pesanan sheikh Tijani (Iraq) ulama Sunni iaitu tentang ahlulbait:
"Jangan ajari mereka itu, kerana Allah telah mengajar mereka."
Sila rujuk surah Hud ayat 17:
"Kalau begitu adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang didasari Bukti dari Allah (Penyeru) dan saksi dari Allah (ALQURAN) meneguhkan bukti tersebut? Sedang KITAB SEUMPAMA INI telah diberi kepada Musa dhulu sebagai Petunjuk dan Rahmat?"
Surah AnNisaa ayat 54
"Adakah mereka itu DENGKI kepada manusia? Sedangkan Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (Ahlulbait) Kitab dan Hikmah; dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu kerajaan yang besar."
Surah alImraan ayat 33,
"Kami telah memilih Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait) dan keluarga Imran (Bani Israel) melebihi dari umat-umat, sebagai satu keturunan kepada sebahagian keturunan yang lain; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
kerana itu sabda Rasulullah SAW:
"Ahlulbaitku ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Sesiapa yang menikinya akan selamay dan sesipa yang ketinggalan akan binasa."
Cuma bagaimana kaedah penggunaan alQuran Qadim itu?
"Iaitu setiap kali Kami TUKARKAN satu ayat kepada TEMPAT AYAT yang lain, nescaya orang-orang yang ingkar kafir itu akan berkata:
"Kamu yang membuat-buatnya." (aNahl:101)
'Dan setiap kali Kami hilangkan satu Ayat dari INGATAN kamu, maka Kami akan ganti yang TERLEBIH BAIK atau SEBANDING dengannya; sesungguhnya Allah Maha kuasa di atas segala sesuatu." (albaqarah:106)
"Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya telah datang BUKTI dari Tuhanmu, dan Kami telah menurunkan NUR (AlQuran) yang menerangi." (annisaa:174)
Kenapa perlu mengikut alQuran Qadim?
albaqarah:213
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu , maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira , dan pemberi amaran; dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.
albaarah:37
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah , lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
albaqarah:53
Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab dan keterangan-keterangan , supaya kamu mendapat petunjuk.
albaqarah:177
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar ; dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
alIsraa:82
Dan Kami turunkan dengan beransur dari AlQuran Ayat-Ayat Suci yang menjadi Penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman; dan tidaklah menambah kepada kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki . Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi , lagi Maha Besar.
anNahl:107
AlQuran itu diturunkan oleh RuhulQudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah, untuk meneguhkan iman orang yang beriman serta berita gembira bagi orang-orang yang Muslim.
Demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa yang menentangmu. Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(15:12-13)