Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
“Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahlulbait Rasulullah SAW , sahabat-sahabatnya & sekelian orang-orang yang Muslim; sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar”
“Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menjelma sepertiku. (HR Muslim dari Abi Hurairah)
قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
سَمُّوا بِاسْمِي، وَلَا تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، وَمَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ، فَقَدْ رَآنِي، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ فِي صُورَتِي، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
(صحيح البخاري)
“Berilah nama-nama kalian dengan namaku, dan jangan memakai gelar seperti gelarku, dan barangsiapa bermimpikan aku dalam tidurnya sungguh ia telah melihat aku, maka sungguh syaitan tidak mampu menyerupai diriku, dan barangsiapa yg berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaknya ia bersiap akan tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ رَآنِيْ فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ بِيْ
“Barangsiapa melihatku di waktu tidur maka dia benar benar telah melihatku, karena syeitan tidak dapat menyerupaiku”
"Sesungguhnya Nabi SAW mengadap sahabat-sahabatnya selepas solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari kamu yang telah bermimpi pada malam tadi?”
Riwayat Muslim.
Sabda Rasulullah SAW:
"SESIAPA YANG BERMIMPI BERJUMPA DENGANKU, BAIK DALAM MIMPI ATAU JAGA, MAKA ITULAH ROMAN (DIRI) AKU YANG SEBENARNYA; DAN SESUNGGUHNYA AZAZIL (IBLIS) SAMPAI KIAMAT PUN TIDAK AKAN DAPAT MENYAMAR RUPAKU."
Pengalaman Kerohanian/SIRUSIR:
Dulu aku dibawa oleh nabi Khaidir ke tempat sebegini.. Pergunungan.. Dari lafaz "ILHAM DARIPADA ALLAH", aku menjawab sepontan setelah ditanyai nabi Khaidir as, "Mana kau tahu namaku (Balyan ibni Marqam)?"
Maka aku dimandikan di sini, dibawa ke dasar tasik, dan bersolat bersama khaidir di atas batu.. dan kemudian aku menemui Rasulullah SAW selepas solat bersama Khaidir dua rakaat.. setelah dipakaikan sebentuk cincin permata putih olehnya, lalu aku diperkenalkan oleh nabi Khaidir,
"Itulah Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW," ;
Baginda muncul dari arah Kiblat, tersenyum, matanya tajam merenungku, hidungnya mancung, mukanya manis.. dan kemudian Rasulullah SAW datang mengusap kepalaku.. bersama deruan syahdu sang angin.. Lalu baginda mahu berlalu pergi tanpa apa-apa..
Aarghhh... mana mungkin begitu.."Ini kesempatan!"
Lalu aku berkata:
"Sebelum Rasulullah pergi, aku ingin memakai serban Rasullullah!" Lalu dihulurkan serban itu, lalu aku memakainya.. nikmat.. lalu aku hulurkan kembali serban itu kepada Rasulullah... Ia mengambilnya, kemudian ia mahu berlalu pergi lalu aku menahannya.. ,
"Nanti Ya Rasulullah! Sebelum Rasulullah pergi, aku ingin memakai Jubah Rasulullah.,!! " Berani meohon begitu.. namun Rasulullah tetap tersenyum; lalu Rasulullah mengeluarkan Jubah Hitamnya bersalut emas di tepi, lalu dipakaikan padaku. Ahhh.. asyik sekali! Kemudian aku menghulurkan kembali Jubah itu dan Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah SAW mahu berlalu pergi, lalu aku sekali lagi menahannya, "Nanti dulu Ya Rasulullah! Sebelum Rasulullah pergi aku ingin memakai cincin Rasulullah." maka kata-kataku dipandang dengan PANDANGAN mata yang geram dari nabi Khaidir.. sinis Ahh.. mungkin aku mengada-ada barangkali.
Tapi alhamdulillah.. Rasulullah tetap tersenyum dan memberi isyarat kepada Khaidir supaya jangan marah padaku.
Lalu Rasulullah berkata:"Tidakkah Khaidir telah memberikan cincinnya kepadamu?"
Aku terdiam jawapan itu. Memang benarnya. Aku baru dipakaikan cincin Khaidir selepas solat sunat bersama Khaidir tadi. Hampa..?? Tidak kerana kemudian Rasululah telah mengeluarkan satu kalung putih dan memakaikan kepadaku yangmana, ada permata merah di tengahnya..
Aku gembira sekali.. kemudian dengan tiba-tiba Rasulullah SAW mengeluarkan pedang Zulfikarnya dan terus menetak belakang aku sebanyak tiga kali. Adusss.. aku terpinga-pinga sebentar.. Tidak sakit pun, tapi terpana.. Keluar cahaya berkilau-kilau.. cahaya manikam.. cahaya Nur Putih berkilau yang tertulis kalimah :
Lailaha'illa'llah,
Muhammadur'Rasulullah,
Allah..
di belakangku.. aku terpana dalam fana... dan di masa itu aku sedar bahawa aku masih di dalam bilik suluk itu dan tidak pun tidur. Dan aku masih di bilik itu.. solat dan sujud kepadaNYa..dan 5 tahun kemudian.. aku mendapat ALQURAN QADIM AKAN KEBENARAN PERJALANANKU... dan Jibril as itu adalah SAHABATKU..walhamdulillah'hirobbil'alameen
nukilan The Lost kingdom__zBobspek Rockers alKubra:rejab1421m/1991M/BaniHasyimQiraisy
"Sifat syurga itu ialah mengalir sungai-sungai
di bawahnya dan naungannya sentiasa teduh"
"Ingatlah riwayat Nabi Ibrahim, beliau merupakan satu umat walaupun dia seorang diri;"
" Adakah mereka itu dengki kepada manusia yang Kami berikan Rahmat? sedangkan Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (ahlulbait) Kitab dan Hikmah dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu kerajaan yang besar."
(annisaa:54)
NARRATOR:
alimran:187
Dan ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab : "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran itu
Surah Al-An'am ayat 50.
Katakanlah ; “Aku tidak mengatakan kepada kamu perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku”. Bertanyalah: “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”
Hud:17
Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran memberi kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut; dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat ? Orang-orang yang berkeadaan demikian, mengakui - menerima Al-Quran; dan sesiapa ingkar akan Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya. Oleh itu, janganlah engkau menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.
(Qs 5:19) Wahai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu ketika terputus rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: "Tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..
Qs19:97) Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur’an itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al Qur’an itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang.
(Qs41:39-44) Dan jikalau Kami jadikan Al Qur’an itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?". Apakah dalam bahasa asing, sedang Arab? Katakanlah: "Al Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Qur’an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh".
Maka berkatalah As Syaikh Muhammad bin ‘Alawy Al Maliki Ar menukil salah satu riwayat,
sahabat bahwa Allah tidak menampakkan keindahan wajah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam secara keseluruhan di muka bumi, hanya 1 keindahan dari 10 bagian yang diperlihatkan, jika seandainya yang 9 bagian itu ditampakkan juga maka orang-orang akan mengiris hatinya tanpa terasa karena indahnya wajah sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, dan itu kelak akan diperlihatkan di telaga Haudh. Semoga aku dan kalian memandang wajah yang indah itu, amin.
Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menjelma sepertiku. (HR Muslim dari Abi Hurairah)
Banyak lagi hadis yang menerangkan kebenaran mimpi berjumpa baginda. Ya, sesiapa yang bermimpi berjumpa dengan Rasulullah,maka itu adalah benar kerana syaitan tidak boleh menyamar sebagai Rasulullah,pasti dia akan terbakar.
Mimpi berjumpa dengan Rasulullah menjadi rebutan oleh setiap orang dan mimpi berjumpa dengan Rasulullah bukan dianugerahkan kepada para ulama’ dan Alim sahaja,anugerah ini juga diberikan kepada orang kebiasaan malah diberikan juga kepada orang kafir.
Seorang paderi yang bernama Iselyus Uda menceritakan bahawa pada Oktober 1980, di antara sedar dan tidur,tangannya ditarik oleh seseorang. Lalu dia menoleh kebelakang dan alangkah terpesonanya dia pabila melihat seorang manusia yang tersangat tampan,berjanggut rapi dan berpakaian serba putih. Lalu dibawanya saya merentasi padang pasir,walaupun cuaca panas terik tapi saya seolah-olah dilindungi awan tebal menyebabkan saya lansung tidak terasa panas. Kemudian saya dibawa ke satu tempat dan di dalamnya kelihatan manusia berpusu-pusu mengelilingi satu bangunan berbentuk kubah hitam.
Kemudian saya dibawa ke satu tempat yang lain,tempat yang lebih teduh(berbumbung). Saya bertanya akan apakah nama tempat ini dan beliau menjawab bahawa inilah Masjid Nabawi.Sebagai seorang paderi,saya kenal akan nama-nama tempat ibadah agama lain kerana inilah yang dijadikan modal ketika berceramah di gereja.Di tengah-tengah bangunan itu,ada gumpalan tanah yang tinggi,lalu saya bertanya apakah itu dan beliau menjawab bahawa itulah kubur Nabi Muhammad,kubur Rasul Umat Islam.Selepas terjaga dari tidurnya,paderi itu(Iselyus Uda) menceritakan mimpinya kepada keluarganya dan tidak lama selepas itu,mereka pun memeluk Islam.
Imam As-Syafie berkata, “Aku telah bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. tatkala aku berusia 7 tahun. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: “Wahai Syafie, adakah engkau tahu siapa aku?” Lalu aku menjawab, “Aku daripadamu dan engkau dari...padaku, Ya Rasulullah.” Maka Junjungan Rasulullah s.a.w. pun meletakkan mulut baginda ke mulutku sehingga bercampur air ludahku dengan air ludah baginda, lalu aku mengetahui ilmu-ilmu yang ada di antara langit dan bumi (yakni ibarat bagi terbukanya pintu keilmuan yang luas). Ketika gementar aku, baginda meletakkan tangannya ke dadaku lalu tenanglah zahirku dan terpancarlah ilmu dari batinku.”-Huna Madrasatu Muhammad S.A.W.
"CUKUPLAH ALLAH MENJADI SAKSI AKAN HAKIKAT KEBENARAN INI SEDANGKAN KEBANYAKAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI"..
alif mim ta – alif mim ta” .....
Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.” (Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment