"Inna nillah-hiwa-inna-ila iroo'jiuun - Dari alah ia datang dan kepada A"llah ia kembali"
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ. ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً. فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي
Kematian beliau dihadiri ramai orang daripada Pondok Kelantan dan tokoh-tokoh politik tanahair termasuk ahli-ahli ABIM, PPP dan UMNO dari Pasir Putih (Cikgu Zaim), (Cikgu Che Yahya Ariffin ) Machang dan Kuala Krai seperti Ybhg. En. Azzizuddin Hussein sendiri (UMNO Kuala Krai) dan wakil-wakil saudara-mara yang rata-ratanya ahli UMNO dan PAS Kota Bharu. Penduduk-penduduk kampung setempat yang menjadi penyokong kuat PAS pula turut serta bersama-sama menyolatkan jenazah beliau sehingga ke tanah perkuburan. Alhamdulillah.. kematian WaliAllah membawa rahmat apabila pelbagai pegangan ideologi berbeza boleh bekerjasama dan berukhwah dalam keadaan persaudaraan dan harmonis bagi menuju kepada KALIMAH YANG BERSAMAAN di antara satu dengan yang lain iaitu ketaqwaan kepada Allah semata-mata.
Sejarah hidup arwah TokAyah Mat Jibril@Shekh Ahmad QutubulRabbani adalah hanya dikenali sebagai orang gila isim yang hanya berbasikal, memakai Kot Labuh, berserban hitam dan berstokin merah dan tidak pernah meninggalkan kasut 'HighCut'-nya, walaupun ada di antara anak-anaknya yang telah bergelar Datuk, ahli perniagaan dan orang-orang besar Malaysia. Itulah cara hidup WaliAllah yang tidak mencari pengaruh di mukabumi. Sesungguhnya hanya waliAllah mengenal WaliAllah! Alfatihah......
SEKITAR PENGURUSAN KEMATIAN YM Tuan Guru Sheikh Ahmad QutubulRabbani sultanAulia Tok Ayah Mat Jibril Kuala Krai
selasa 26 sept 2009M. Alfatihah.. Sesungguhnya kasih Kami pada TokAyah Mat bagaikan kasih anak pada ibu dan bapanya.
Hindu - Hum Tumhe Pyar Karte Hae
Czech - Miluji Te
Slovakian - Lu'Bim Ta
"SUBHANAKALLAH-HUMMA-SALAMMU-WALHAMDULILLAH-HIROBIL-ALAMI"
German - Ish Libe Dish (ich liebe dich)
Chinese - Wo Ai Ni
Greek - S'agapo
Hawaian - Aloha Wau Ia Oi
Lithuianian - Tav Myliu
Korean - Sa Rang Hae Yo
Japanese - Ai Shi Te Ru
Romanian - Te Ubsec
Bosnian - Volim Te
Albanian - Te Dua
Filipino - Mahal Kita
Spanish - Te Quiero
Menghadiri Jenazah adalah salah satu dari 5 perkara yang perlu tergesa-gesa dalam Islam. Pertama memberi makan-minum tetamu, kedua membayar hutang jika mampu, ketiga mengiringi jenazah atau menguruskannya; keempat melawat orang sakit dan yang kelimanya mengawinkan anak-anak perempuan yang sampai umurnya dengan LELAKI YANG SOLEH.
menandakan doa itu mustajab, insyaAllah. Itu adalah pengajian dan pegangan Tok Ayah Mat Jibril dan Kami MQTK dan pegangan wali-wali Allah terdahulu (rujuk Ulama Pondok). Sebagaimana Kematian munafik, fasik dan sekutu Iblis dan hawa nafsu boleh dikenal kematiannya melalui tanda-tandanya seperti mati di Disko, tempat pelacuran, Hospital dan dikelilingi oleh individu-individu yang tidak Islam atau belum tentu habis kitab muktabar atau paling tidak pun tak tahu mandi wajib!! Subhanallah..! Sedangkan doa kita adalah:
Nah!! Itu Intinya. Kematian mukmin yang disaksi wali-wali (kekasih) Allah, bukannya dikelilingi oleh wali-wali setan seperti munafik, fasik, zindik dan orang-orang yang jahil.
Paling tidak orang-orang bakal AHLI NERAKA ini akan mati dalam keadaan sakit keseorangan atau kebiasaannya akan mati disiksa badannya (Pembedahan) sedangkan wasiat nenda Rasulullah SAW supaya dijaga tubuh-badan Jenazah yang mati kerana jenazah itu akan merasai kesakitan selepas kematiannya (ini hukum laa..sedara.. sabda Rasul!!- mana boleh tolak? Kalau tolak pegangan KITAB; maka gugur AKIDAH serta-merta walaupun berhaji 70 kali sekalipun. Berhati-hatilah..! Ingatlah! Hanya ada dua sahaja kematian iaitu mati dalam keadaan mengucap (Kalimah Syahadah) atau mati dalam Su'ul Khatimah iaitu mati dalam keadaan tidak boleh mengucap. na-uzubillah... MasyaAllah-HulaQuwatailabillah!!
Aswad bercerita dari Abdullah ibn Umar yang Rasulullah SAW telh bersabda: "Sesungguhnya Di antara makhluk Tuhan tu ada manusia yang berjumlah 300 orang yang sama hatinya dengan HATI ADAM as, 40 manusia yang sama dengan hati nabi Musa as, 7 hati manusia yang sama dengan HATI nabi Ibrahim khalilullah, 5 hati manusia yang sma dengan HATI JIBRIL RuhulQudus, 3 hati manusia yang sama dengan HATI MIKAIL dan satu hati manusia yang sama dengan HATI ISRAFIL.
Wali-Wali merupakan QUTUB atau Khalifah Allah di mukabumi ini. Wali-Wali Allah itu adalah hamba-hamba Allah yang disucikan. Mereka itu ke sana ke mari hanya untuk mempertahankan agamanya semta-mata. Mereka itu satu golongan yang cinta-menyintai kerana RUH ALLAH (alQuran) semata-mata. Terdorong oleh rasa cinta (mahab'bbah) kepada Allah semata-mata bukannya kerana ikatan kekeluargaan, harta-benda atau kasih sayang selain Allah. Wajah mereka itu gilang gemilang. Mereka tidak gentar dantakut di kala orang lain cemas dan ngeri. Tidak merasa khuatir di kala orang lain bimbang dan berputus asa. Tetap tenang dan redha di kala orang lain kecewa. Sentiasa tersenyum di kala orang lain gelak mencerca. Ucapan mereka hanya SALAM.. SALAM, pada yang mencerca. Sabar itu tauhid mereka. AlQuan itu IMAN mereka. Pemimpin Umum mereka Nabi Khaidir dan wali terakhir adalah Imam Mahdi. Sempurnanya Islam kerana ALQURAN sudah pun berada di sisi kita sebagai saksi. Firman Allah: "Dengan PERKATAAN mana sesudah AlQuran mereka mahu beriman; Dan AlQuran itu adalah yang memberi sebab-sebab KEMULIAAN kepada kamu,. Tidakkah kamu memikir?"
YM Tok Ayah Mat Jibril @ Syeikh Ahmad QutubulRabbani SultanAulia merupakan seorang WaliAllah bertaraf QutubulAqtab. Beliau seorang bermulut masin dan sengaja berlakon gila supaya tidak mahu diganggu oleh orang-orang fasik dan munafik serta musuh-musuh Allah. Pernah menggunakan DOA SATIQ ALKUBRA sehingga Allah mentakdirkan doa arwah berkat bilamana Pertubuhan AlArqam akhirnya disytiharkan sesat oleh Kerajaan. Menurut arwah Tok ayah Mat Jibril, AlArqam adalah sesat dan tidak berakhlak Rasulullah SAW. Arwah merupakan individu yang mengajar kitab Futuh'AlGhaib karangan Syeikh Abdul Kadir Jailani (Ketua WaliAllah) kepada pelajar-pelajar Tahfiz MQTK dan sempat diijazahkan kepada Khalifah tertinggi MQTK (?). Arwah meninggal pada petang isnin bersamaan 8 sept 2009M dan selamat disempurnakan pengkebumiaannya di tanah Perkuburan Kuala Krai, Kelantan DarulNaim.
Menurut kitab Penghantar ilmu Tarikat & Tasauf oleh Prof.Dr.Abu Bakar Adtjeh bahawa kematian seorang ABDAL akan diganti oleh 40 orang waliAllah yang akan menempati makam beliau. Dan sesungguhnya hanya WALIALLAH mengenal WALIALLAH.
MasyaAllah-HulaQuwata'illa-billah
SUBHANAKALLAH-HUMMA-SALAMMU-WALHAMDULILLAH
HIROBIL-ALAMI
By AZZURRI BANIHASYIM's Klate @2009 ahlulbayt.com
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini |
No comments:
Post a Comment