PANCA SERI Dirgahayu Tuanku

PANCA SERI Dirgahayu Tuanku
Raja-Raja Melayu adalah AHLULBAIT!

If you need a HELPING HAND, just READ THE BOOK OF ALLAH and soon I will be there..!!

Tuesday, September 22, 2009

KEDATANGAN ISA PUTRA MARYAM




Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing  
ISA PUTRA MARYAM
Nabi Allah Isa a.s., anak Maryam akan turun di akhir zaman dan akan mengadili umat manusia mengikut Syariat yang dibawa oleh nabi kita Muhammad s.a.w. Baginda akan menghancurkan salib-salib, membunuh babi/khinzir (kerana Nabi Isa as mengharamkan babi kepada umatnya). 



Baginda tidak akan menerima lagi jizyah (bayaran yang dibayar oleh orang kafir yang tinggal di negara Islam, kerana mereka mahu kekal dalam agama asal mereka). Dia hanya akan menerima Islam sebagai agama bagi semua orang. Firman Allah Taala yang bermaksud:


"Tiada seorang pun daripada ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya.Dan di hari Kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka." (an-Nisa 4:159)
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَإِن مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ إِلَّا لَيُؤۡمِنَنَّ بِهِۦ قَبۡلَ مَوۡتِهِۦ‌ۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ يَكُونُ عَلَيۡہِمۡ شَہِيدً۬ا (١٥٩)


Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa semua ahli Kitab iaitu Yahudi dan Nasrani, akan beriman kepada Isa bin Maryam a.s sebelum kematiannya, iaitu sebelum kematian Nabi Isa a.s. Itu hanya akan berlaku pada akhir zaman di mana dia akan diturunkan sebagai hakim yang adil dan penyeru kearah Islam, sebagaimana yang akan disebutkan dalam hadith-hadith berikut yang menceritakan akan kedatangannya itu.


Ayat di atas juga menerangkan pendirian sebenar golongan Yahudi terhadap Nabi Isa a.s dan konspirasi jahat mereka terhadapnya. Ia juga menunjukkan bagaimana Allah menyelamatkan Nabi Isa a.s dan menggagalkan segala tipudaya musuh-musuhnya.


Kedua-dua gantinama di dalam ayat di atas iaitu;. 'beriman kepada'nya' sebelum kematian'nya' adalah merujuk kepada Nabi Isa a.s seperti yang diterangkan dalam ayat-ayat yang sebelumnya.Hadis-hadis sahih yang mutawatir (hadis yang diriwayatkan dalam berbilang sanad, oleh bilangan perawi yang ramai sehingga kesahihannya tidak dapat disangkal lagi) membuktikan bahawa Allah telah mengangkat Nabi Isa a.s ke Syurga. Mereka juga menyebut bahawa Nabi Isa a.s akan turun pada akhir zaman sebagai hakim yang adil dan akan membunuh mereka yang menentang ajarannya (Anti-'Isa).


Ibnu Taimiyah berkata-selepas menyebut beberapa sanad hadith yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s telah diangkat ke Syurga dan akan diturunkan pada akhir zaman-, " Hadith-hadith ini adalah mutawatir daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ia telah diriwayatkan dari Abu Hurairah,Ibnu Mas'ud,'Uthman ibn Abu Al-As, Abu Umama, Al-Nawas ibn Samaan, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, dan Hudahifah ibn Usaid r.a. Hadith-hadith ini juga telah menerangkan tanda-tanda bagaimana dan dimana Nabi Isa a.s akan diturunkan. Antaranya, dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


" Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa anak Maryam akan turun ditengah-tengah kamu sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib-salib, membunuh babi/khinzir dan mengharamkan jizyah. Dan kekayaan akan melimpah ruah sehingga tiada seorang pun 
mahu menerimanya."


Kemudian Abu Hurairah r.a berkata:
"Jika kamu suka bacalah:"Tiada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di Hari Kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka." Surah An-Nisa' 4:159 [Sahih Bukhari & Muslim]


Dalam riwayat lain dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bagaimanakah kamu, bila anak Maryam turun di tengah-tengah kamu dan pemimpin kamu adalah dari kalangan kamu sendiri?" [Sahih Bukhari & Muslim].
Dalam hadith sahih yang lain, dari Jabir ibn Abdullah bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;


" Akan sentiasa ada sehingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang."
Sabda Rasulullah s.a.w selanjutnya,



" Nabi Isa a.s akan turun di tengah-tengah mereka, lalu pemimpin mereka berkata (kepada Isa a.s):
“Ayuhlah engkau menjadi pemimpin dan imam solat kami."
Jawab Nabi Isa a.s,
"Tidak! Allah telah memuliakan umat kamu dengan menjadikan sebahagian kamu sebagai pemimpin kepada ummat yang lain." [Sahih Muslim].




Hadith-hadith tersebut membuktikan bahawa Nabi Isa a.s akan turun pada akhir zaman dan akan mengadili umat manusia mengikut Syariat Nabi kita Muhammad s.a.w. Ia juga menunjukkan tanpa sangsi bahawa sesunguhnya akan ada seorang imam/ketua bagi seluruh umat manusia pada masa itu. Pada masa yang sama, tiada percanggahan antara turunnya Nabi Isa a.s dan hakikat Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul yang terakhir. Ini adalah kerana Nabi Isa a.s tidak membawa syariat yang baru. Segala undang-undang adalah milik Allah, awal dan akhir.


Dia berkuasa melaksanakan apa yang dikehendakiNya dan memerintah mengikut iradat/kehendakNya. Tiada siapa yang boleh menolak perintahNya . Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.
Kutipan dari Lajnah tetap, Fataawaa Islamiyah, Jilid 1, m/s 141

By Perihatin/AZZURRIS BaniHasyim Club 2009M

No comments:

AZZURI-The ZOROASTER: zapppP___zZ

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing
"If you (really) LOVE Allah, then follow me, Allah will LOVE you and forgive you your sins." (3:31) "And I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36) "That my Lord has forgiven me, and made me of the honoured ones!" (yassin:27)
Image Hosted by PicturePush - Photo SharingImage Hosted by PicturePush - Photo Sharing Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing
Panji-Panji Hitam
Diambil dari bendera asal negeri Kelantan DarulNaim sebelum ditukar oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1909M. Di masa bendera Panji-Panji Hitam ini dikibarkan, hukum HUDUD dijalankan sehingga pada masa era pasca penjajahan. Bendera ini berimejkan seekor anjing yang bernama KITMIR iaitu antara anjing-anjing yang dimasukkan ke Syurga. Anjing Kitmir ini telah menjaga pintu gua tempat dimana pemuda ArRakim AshabulKhafi telah ditidurkan Allah selama 309 tahun. MasyaAllah!! Riwayatnya anjing ini akan kembali untuk membantu nabi Isa putera Maryam untuk membunuh Dajjal Laknatullah bersama-sama AshabulKhafi dan Imam Mahdi. "Di akhir zaman, kaum kerabatku akan diinjak-injak dan dihina-hina sehinggalah datang stu kaum dari sebelah timur yang akan menegakkan Panji-Panji Hitam; Itulah Pemuda Bani Tamin". Dan Pemuda ini akan menyerahkan kekuasaan kepada Imam yang sebenar iaitu Imam Mahdi setelah kerajaannya kuat. Pemuda ini merupakan seorang anak raja yang zuhud dari keturunan Rasulullah SAW bernasabkan syd. Hussein rd. Kalimah khat pada bendera hitam itu pula adalah sepotong ayat alQuran yang bermaksud 'Pertolongan Allah' atau Nasrumminallah'. Manakala perkataan Kelantan tertulis pada ekornya sebagai simbol wilayah. Ikan Kekacang 'Jangan makan ikan Kekacang' atau dalam dialek Kelantannya 'Jange Make Ike Kaceng!'. Itu adalah sumpah keramat datuknenda kita YM Syed Hussein JamadilKubra Nusantara kepada anak cucu zuriat kerabat keturunannya sahaja. Diulang.. zuriatnya sahaja! Peristiwa wasiat ini berlaku apabila baginda Syed Hussein JamadilKubra berlayar menuju utara setelah peristiwa tragis 'pokok Pinang terbelah dua dengan panahan mata sahaja sehingga menyebabkan pembunuhan adindanya Sheikh Qamaruddin di tangan Raja Tumasek (Singapura). Dalam Pelayaran itu, kapal baginda telah hampir karam di laut ekoran dipukul ombak ganas; Dan dalam keadaan cemas dan genting itu, setelah membuat solat hajat alKubra, baginda Syed Hussein Jamadilkubra pun bernazar untuk mendirikan sebuah masjid jika terselamat dari bencana itu. Akhirnya doa waliAllah itu makbul di mana sekumpulan ikan Kekacang (Ikan Kekacang berpuak) telah datang secara tiba-tiba menutupi lubang-lubang kapal yang bocor. Manakala yang bersaiz besar pula (Ikan Kekacang boleh sampai ke siaz maksimun) menolak kapal itu ke daratan beramai-ramai. Bukan main susah payah 'ike kaceng' tu menolong datuk-nenek kita, masyaAllah-Subhanallah!! Apabila sampai di daratan, baginda dan angkatannya terasa amat letih, dahaga dan kelaparan. Tiba-tiba satu Petunjuk dari Allah melalui makhluknya Tupai Putih (seperti Labah-Labah atau burung di zaman nabi) yang tiba-tiba terlonjat-lonjat di hadapan baginda dan akhirnya berlari menuju ke serumpn pohon Buluh Betong lalu memakan umbut atau rebungnya, tanpa apa-apa masalah. Lantaran itu, baginda telah mengarahkan angkatannya memakan umbut itu untuk menghilangkan kelaparan bersama-sama beliau. Setelah kekenyangan, baginda telah bernazar dan bersumpah supaya zuriat keturunannya tidak boleh lagi memakan Ikan Kekacng dan Rebung Buluh Betong sebagai satu tanda syukur di atas pertolongan Allah yang diberi kepada mereka dan tanda terimakasih kepada Ikan Kekacang kerana kerana menolong. Ironinya, mana-mana ahli kerabat yang melanggar pantang-larang datuk-nenek akan tertimpa musibah seperti kena penyakit gatal-gatal berbintil, kudis, gila atau sebagainya. MasyaAllahhulaquwatailabillah.... nota: Untuk Pendaftaran MQTK, sila hubungi YM NIK SAIDINAL UMAR B. YM HJ.CHE SOLAHHUDDIN Setiausaha Agong MQTK di nombor 019966167988-09-KEL no pendaftaran MQTK VIDEO AHLULBAIT MELAYU Jange Make Ike Kaceng- Wasiat Tok Su Che Bongsu (2008M) _________________________________________

AZZURRIS BANIHASYIM CLUB-AHLULBAIT-THE LAST THREATENING..A STATEMENT OF TRUTH__Blog address: http://ahlulbait313.blogspot.com or Email at nikmaa@gmail.com or MAIL at banihasyimklate@yahoo.com or watch hotline Ahlulbait Video Melayu at http://youtube.com/user/MultiAZURI/ AUDIO PLAYER __________________________________________ Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing
Image Hosted by PicturePush - Photo SharingImage Hosted by PicturePush - Photo SharingImage Hosted by PicturePush - Photo SharingImage Hosted by PicturePush - Photo Sharing “Verily, my WALI is ALLAH Who revealed THE BOOK (Quran), and He protecs the righteous”___(7:196) Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing AZZURRI AHLULBAIT BLOGGER-BANIHASYIM QURAISY CLUB's MEMBERS- Read the Book of Allah and 'YOU CAN FEEL THE DIFFERENT'Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing They are........FRIENDS!!!!!Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing True friend scolds like a DAD.. Cares like a MOM.. Teases like a SISTER.. Irritates like a BROTHER.. And finally loves U more than a LOVER. What else..? And thanks coz to be a Muslim. Ameen... JOIN NOW for happines, relationship and others!!!! http://www.tagged.com/azzurrisahlulbaitclub ____ --"If you (really) LOVE Allah, then follow me, Allah will LOVE you and forgive you your sins." (3:31)

"And I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)

We need friends for many reasons, all throughout the four seasons. We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad. We needs friends to give us good advise, we need someone we can count on to treat us nice. We need friends because we are social in nature and having friends makes us feel secure. We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last. THAT'S WHY I NEED YOU!!..

They are........FRIENDS!!!!! True friend scolds like a DAD.. Cares like a MOM.. Teases like a SISTER.. Irritates like a BROTHER.. And finally loves U more than a LOVER.

'If they put the SUN at my right hand and my left hand in MOON, so I leave my business is, I WOULD NOT LEAVE! Until the Revelation of Allah (A Statement of Truth) to overcome all things' (muhamaad SAW). miss U forever & ever my LOVE

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

YANG KUSAYANG...TANAHAIRKU TERCINTA..

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU-MALAYSIA... HIDUP MALAYSIA!!! 'You Can Feel The Different'...
Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing AKU ANAK MALAYSIA..!!!

Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing

Firman Allah:

Katakanlah: "Aku diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini yang dijadikannya suci dan aku hanya diperintahkan membaca ALQURAN kepada seluruh alam" LOVE Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing
Image Hosted by PicturePush - Photo Sharing